Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat


PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering 
yang didakwa dicemari  kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Oleh NIZHA PERIASWAMYnizha.periaswamy@kosmo.com.my

Read More......

Dahulukan puasa enam atau layan keluarga?

Soalan: Sempena hariraya, anak cucu saya pulang ke rumah. Selepas hariraya pertama ( 1 syawal) saya terus mula berpuasa enam. Isteri saya bersungut, katanya anak-anak balik dari jauh nak makan bersama-sama sedangkan saya berpuasa. Dia menyuruh saya berbuka sebab syawal masih banyak hari lagi, anak-anak pula cuti mereka pendek mereka hanya sempat beberapa hari sahaja bersama kami. Saya pula takut kehilangan fadhilat puasa enam syawal, apa yang patut saya lakukan. Jika saya berbuka nanti saya tidak dapat ‘raya puasa enam’. Minta huraian Dr Asri.

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Ada beberapa perkara yang perlu disentuh mengenai soalan di atas;

Pertama: Adapun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis:

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim).

Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘ثم أتبعه’ (kemudian dia susulinya), namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa mana-mana enam hari dengan niat sunnah tersebut dalam Bulan Syawwal. Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Syarh Sahih Muslim.

Kedua: Seseorang yang berpuasa sunat dibolehkan berbuka apabila dia mahu. Bahkan, digalakkan berbuka jika itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain. Ini seperti hadis Abi Sa’id al-Khudri, katanya:

صنعت لرسول الله صلى الله عليه و سلم طعاما فأتاني هو وأصحابه فلما وضع الطعام قال رجل من القوم : إني صائم فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم قال له : أفطر وصم مكانه يوما إن شئت
(Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم تقول إني صائم (saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!).

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

Ketiga: tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Apatahlagi jika ia diiringi dengan ibadat khusus seperti solat tasbih sempena hariraya puasa enam yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).

Allah Lebih Mengetahui;

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
25/9/09 -6 Syawwal 1430.


Read More......

Ziarah Raya ke Miri

Kesempatan cuti seminggu ini, kami berkunjung ke Miri untuk ziarah sahabat-sahabat yang tidak pulang berhari raya di kampung. Jarak KM dari Bintulu ke Miri ialah lebih kurang 210 km. Kami bertolak pada jam 10 pagi dan tiba di destinasi pertama pada jam 1 petang. kelajuan kereta kami terpaksa dikawal kerana faktor tayar yang tidak mengizinkan untuk kami bergerak laju. Tak perasan pula tayar kereta kami yang telah expired yang patut diganti. Alhamdulillah, dengan izin Allah perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik.

Di Miri kami telah berhari raya di rumah Cikgu Fendi di Pulau Melayu. Cikgu Latipah di Kampung Luak, Saudara Mohammad dan Ustaz Azatul Ridzuan di IKBN Miri. Malam ini kami menginap di rumah Ustaz Azreel, sahabat satu kelas ketika belajar di IPS. Malam itu kami dibawa oleh Ustaz Azreel ke rumah Dr. Abdullah untuk beraya. Alhamdulillah, bertambah juga kenalan kami.

Keesokkan harinya, kami pulang ke Bintulu. dalam perjalanan pulang, kami singgah bersolat Jumaat di Masjid Niah, masjid yang baru dirasmikan. Selepas solat, kami ziarah seorang kenalan di Kampung Muhibbah, Niah. Sempat juga kami membeli durian dan mengambil buah rambutan.

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke Bintulu pada pukul 4.30 petang.

Kenangan gambar yang dirakam sepanjang ziarah kami ke Miri.

makanan raya special! pulut dalam periuk kera


Ziarah ke rumah keluarga Cikgu Fendi bersama Ust Syawal


Sempat juga beraya ke rumah Ustaz Azatul Ridzuan 


Ierfan nak bawa balik adik ni umi !


Kami menginap di rumah Ustaz Azreel di Permyjaya


Solat Jumaat di Niah, masjid yang baru dirasmikan
kos pembinaan mencecah RM 2 juta


Durian kat niah ni memang sedap. 

 
bukan setakat durian sahaja kami ambil, rambutan pun ambil sekali


Tengok tayar kereta kami, dah nampak benang, 
tapi sampai juga 400 km perjalanan, 
alhamdulillah selamat pergi dan balik. 

Read More......

Raya lagi.

Di Bintulu ni, raya sangat meriah, pendek kata, sehingga sebulan mereka akan merayakannya . Jangan pelik sewaktu beraya di sini, mereka beraya dengan berpakaian melayu lengkap. Bukan sehari bahkan berhari-hari. Sebab itu di sini, pakaian hari raya untuk lelaki, berpasang-pasang baju melayu lengkap. Kalau beraya sebelah malam pula, selagi ada lampu di luar, masih boleh beraya lagi, walaupun malam telah larut. Tentang hidangan pula, biasanya kek lapis dan air gas jarang mereka tinggalkan. kalau tak ada hidangan seperti itu, amat kurang 'umpp' nya hidangan mereka. Sebab itu saya katakan raya di sini sangat meriah.Tahun ini kali ke 3 saya beraya di Sarawak.

Rumah kami masih dikunjungi oleh tetamu lagi. Alhamdulillah, mudah-mudahan berkat dengan kehadiran tetamu ziarah. Selain itu kami juga banyak menerima jemputan rumah terbuka. Syukur atas nikmat dari Ilahi. Pagi tadi pelajar-pelajar datang untuk berhari raya di rumah kami. Menu kami, seperti biasa soto, pulut dan ada sedikit mee jawa. Yang masih belum berkesempatan untuk datang amat dialu-alukan untuk datang ke rumah kami. Kami sedia menanti kedatangan anda. Insyaallah.

Gambar-gambar yang sempat di snap untuk simpanan peribadi yang menjadi tatapan umum. Blog ini sebagai dairi terbuka yang boleh di access oleh sesiapa sahaja. Silakan...


sebahagian pelajar yang beraya di rumah kami




suasana sangat meriah dengan kehadiran mereka


sewaktu pelajar-pelajar pulang, bersalam-salaman dengan Ustazah


Cikgu Let dan keluarga juga turut hadir ke rumah kami 


kenangan dengan Haji Wan Yusof dan keluarga 
( jiran sebelah rumah )

Read More......

Cerita raya lagi

Dalam episod yang lalu, kami telah ceritakan perjalanan hari raya yang pertama. Dalam ruangan ini, kami akan teruskan cerita kami untuk cerita raya seterusnya. Raya kedua biasa sahaja, masih lagi beraya bersama dengan keluarga Ustaz Salehudin, Ustaz Hadi dan Ali Azman.

Ziarah kami bermula di rumah Ustaz Hadi dan terus ke rumah Cikgu Rani. Dari rumah Cikgu Rani terus ke rumah GB SK Jepak dan terus ke Rumah Cikgu Jainuddin, Cikgu Awang Ku Jaya, Bekas GB SK Bintulu dan di akhiri dengan GB SK Orang Kaya Mohammad.

Kalau dilihat ziarah hari ini semuanya berziarah ke rumah PK dan GB. Secara kebetulan, tanpa dirancang. Alhamdulillah dapat kami menyudahkan ziarah sekitar jam 5 petang. Kepenatan usah dikira kerana bagi kami kepuasan berziarah yang perlu diambil kira.

Pada sebelah malamnya, sempat juga kami berziarah ke rumah jiran. Sepatutnya jiran ini lebih dahulu lagi. Tapi tak sempat, tetapi dah maklumkan pada mereka.

Raya ketiga dan keempat, kami banyak duduk dirumah. Kami menunggu kehadiran tetamu yang bertandang ke rumah kami. Ramai juga tetamu yang telah berkunjung ke rumah kami. Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke rumah kami. Semoga hubungan silaturrahim akan berkekalan sehingga akhir hayat, Insyaallah.

Senarai tetamu yang telah berkunjung ke rumah kami :
  Ustazah Nik Sharifah
  Ustaz Salehuddin
  Ustaz Abd Hadi & Keluarga
  Ustaz Shahreen & Keluarga
  Ustaz Marzuki & Keluarga
  Ustaz Syawal & Keluarga
  Ustaz Rosli & keluarga
  Ustaz Mohd Fuad & Keluarga
  Ustaz Zahir & keluarga
  Cikgu Jainuddin & Keluarga
  Haji Suhaili & Keluarga
  Ustaz Suhaizizi & keluarga
  Ustaz Abd Halim & Keluarga
  En Mohd Nassir & Keluarga
  Anak-anak murid

Sebahagian gambar yang sempat di 'snap' : 

Kenangan dengan Tuan Haji Rani ( tuan rumah )


Di rumah Cikgu Awang Ku Jaya




 Ustaz Rosli & keluarga antara tetamu yang hadir ke rumah kami


Mengabadikan kenangan bersama para tetamu


Cikgu Jainuddin & keluarga juga sudi menziarahi kami



Ierfan & Madihah di Pantai Tanjung Batu


Suhaizizi dari Serian juga datang ke rumah kami




Terima kasih Tuan Hj Suhaili &Isteri atas kesudian
berkunjung ke rumah kami

Read More......

Rumah kami hangus terpaksa berpindah ke sini http://pelayarankehidupan.blogspot.com/

Minta maaf pada sahabat pelayar kerana menyusahkan untuk ubah alamat. Sebenarnya saya nak tukar rumah baru pagi tadi, tapi selepas berkali-kali buat tak dapat buat juga, langsung terbakar rumah tu. Kira-kira punya kira kos membaiki, lebih baik beli rumah baru. Alhamdulillah, dapat juga selamatkan beberapa barangan penting.

Insyallah dengan kediaman baru ini, kami akan sedaya upaya untuk mengemas kini cerita-cerita terkini untuk tatapan para pelayar. Segala kelamahan dan kekurangan dari sudut berbahasa, pihak kami mohon kemaafan. Sekiranya ada cadangan untuk memperbaiki rumah baru kami ini, sila tinggalkan pesanan di ruangan sembang yang telah kami sediakan.

Read More......

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP