Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Sambutan Maulidur Rasul 1431H di Bintulu

'Jam' di sekitar Bandar Bintulu

Seperti tahun lalu, sambutan Maulidurrasul masih diadakan. Saya masih lagi diperlukan sebagai hakim pertandingan sepanduk tajaan JAIS Bintulu. Kali ini ada sedikit kelainan dari sudut tempat program dan acara yang diadakan.

Oleh kerana sambutan pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, maka masa yang diperuntukkan amat terhad. Paling kurang majlis mesti selesai sebelum jam 11 pagi. Kali ini program sambutan Maulidurasul diadakan di Esplanade. 

Acara rasmi bermula ada jam 7.15 pagi setelah semua kontinjen berada di tapak perhimpunan. Dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan Bacaan al-Quran. Sesi tazkirah dan ucapan oleh tetamu jemputan sehingga jam 8.00 pagi. Saya tidak dapat fokus terhadap ucapan yang disampaikan kerana bertugas menghakimi sepanduk dari kontinjen yang bertanding.

Kali ini pengurusan kehakiman ada sedikit kelam kabut kerana hakim tidak datang 'on time ' jadi mengelabah juga Ustaz Wan Sulaiman. Saya seperti biasa akan menghakimi kontinjen dari kategori  Jabatan, Agensi, Masjid dan Surau. Banyak la juga saya hakimi sepanduk.

Perarakan kontinjen bermula jam 8.15 pagi. Jauh juga perjalanan, adalah lebih kurang 5 KM. Mujur kontinjen kami dipendekkan perjalanan kerana masa yang suntuk untuk menamatkan program bagi memberi laluan kepada muslimin untuk bersolat Jumaat. Kira-kira jam 10.00 pagi, semua kontinjen telah sampai di tapak perhimpunan semula untuk mendengar keputusan pertandingan sepanduk dan perarakan terbaik.

Saya tak ingat keputusan sepanduk kesemuanya, tapi untuk kategori F( sekolah rendah ), No 1 : SK Kg Baru, No 2 : SK Kidurong dan No 3 : SK Kidurong 2. Tahniah pada mereka yang terlibat.

 
Tgk baju mereka..cantik tak

 
 Ramai juga kontinjen dari SK OKM

Siap sedia berjuang...

Setelah penat berarak..penat juga sampai cair make up i

 
di hadapan pentas utama

 
Sepanduk yang menang. GB SK Kampung Baru bangga 


 
tak bernasib baik tahun ini...cuba lagi tahun hadapan

" Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah "

Read More......

12 Rabiulawal...


 Setiap tahun tarikh 12 Rabiul awal datang. Tarikh itu menjadi ingatan umat Islam di dalam melahirkan kecintaan kepada Junjungan besar Nabi Muhammad. Sebagai seorang guru, hari-hari sebelum kedatangan 12 Rabiulawal, saya akan mengambil kesempatan untuk menceritakan " Siapa Nabi Muhammad ". Ramai dikalangan murid-murid yang tidak tahu sejarah kelahiran Nabi Muhammad. Jesteru saya ingin berpesan kepada rakan-rakan guru agar menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan Islam, supaya generasi ummat Islam akan sedar sejarah kedatangan Islam yang perlu mereka pelihara dan perkuat dengan ilmu-ilmu Islam. 

Di kesempatan ini, saya mengucapkan " Selamat Menyambut Hari Maulidurasul 1431H -  Memantap  Ukhuwah, Memperkasa Ummah " semoga kita tetap menjadi ummat Nabi Muhammat yang berkualiti.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW 

Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW
* Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa   tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)
* Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
* Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf
* Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
* Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
* Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang  terletak di antara Mekah dan Madinah) 
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa
  • Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah. 
  • Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
  •   Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • ·Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam ‘ ah
  3. ‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  4.  Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘ 

ANAK TIRI RASULULLAH SAW 

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda). 

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya.. 

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

SALASILAH RASULULLAH SAW



Read More......

Catatan Pengalaman " Ziarah Dakwah ke Ulu Kota "

 
 Bergambar kenangan bersama masyarakat Islam Ulu Kota.
Semoga aqidah mereka tetap akan terpelihara

Siri catatan perjalanan Ziarah Dakwah ke Ulu Kota, Pakan ini diambil dari catatan dan pengalaman Akhi Muhtar Suhaili, pengerusi AMAL Sarawak. Sedikit edit bersesuaian dengan pengalaman penulis dengan izin penulis asal. Semoga para penziarah akan menginsafi segala perjalanan dan pengalaman yang kami tempuhi. Sesungguhnya bersyukur pada mereka yang diberikan kesempatan dan waktu untuk melihat sendiri akan kesusahan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam di Ulu Kota ini. Baca pengalaman berikut :

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Selamanya puji dan puja milik Allah SWT yang Memiliki Segalanya. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya dan mengharapkan perlindungan serta keampunan dariNya. Kita berlindung dengan Allah daripada keburukan amalan diri kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, maka tidak ada yang mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk maka tidak ada sesiapa yang mampu menunjukinya ke jalan kebenaran!


Ad-Da’wah Ila Allah Adalah Kewajipan Setiap Muslim

Sheikh Mustapha Masyhur di dalam membicarakan “Berdakwah Kepada Allah (Ad-Da’wah Ila Allah)” menyatakan dengan penuh motivasi tentang kepentingan menyeru manusia kepada Allah SWT. Beliau menyatakan:

Menyeru manusia kepada Allah SWT (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap Muslim dan Muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah SWT yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:


“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (yakni Islam).” (Surah Fushilat, ayat 33).


Menyeru manusia kepada Allah SWT menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau wanita) lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)

Menyeru manusia kepada Allah SWT dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh!

Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan

Alhamdulillah, seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada anggota Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah memberi komitmen dengan penuh semangat volunteerism untuk menyertai Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei pada 12-16 Februari 2010 bersamaan 27 Safar - 02 Rabi’ul Awwal 1431H yang lalu.

Program ini merupakan Siri ke-4 Ziarah Dakwah Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dalam rangka menjalankan aktiviti kebajikan bersama Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Dalam masa yang sama, satu lagi tujuan utamanya ialah menjalankan upacara pecah tanah bagi Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di perkampungan tersebut.

Penglibatan dari peringkat akar umbi sehingga kepada pimpinan tertinggi Yayasan AMAL Malaysia dalam ziarah pada kali ini diharap memberi kesan yang positif bagi membentuk sensitiviti dan rasa tanggungjawab terhadap Saudara Baru di samping memberi pendedahan kepada para mad’u tentang betapa pentingnya menjalani kehidupan sebagai masyarakat Muslim sejati. Antara objektif program yang telah digariskan ialah :

  • Menyempurnakan majlis pecah tanah untuk pembinaan Surau
  • Menyediakan majlis ilmu kepada masyarakat Ulu Kota
  • Mempertautkan ukhuwah yang sedia terjalin supaya bertambah erat
‘Ala kulli hal, hikmah utama dan ‘ibrah istimewa yang kami perolehi hasil daripada rehlah kali ini ialah betapa para dai’e mestilah sentiasa nasihat-menasihati sesama mereka, tolong-menolong dalam menghadapi halangan dan rintangan, serta berganding bahu dalam merancang dan memanfaatkan pengalaman yang dilalui bersama di medan ini. Paling penting bila kita nak masuk ke tempat mereka, budaya, adat dan percakapan mereka telah kita hadam, baru dakwah kita tampak lebih berkesan. Tapi saya ingat pesan Ustaz Fadli, tugas kita bukan  untuk menyampaikan ISLAM, bukan mengberi HIDAYAH kepada mereka, kerana kerja itu adalah kerja ALLAH, kita hanya mampu berusaha sahaja. Semoga Allah memberkati usaha kami ini.


Sebagai perkongsian, berikut dipaparkan gambar-gambar kenangan program buat tatapan dan ‘ibrah tetamu ziarah yang budiman sekalian. Semoga ianya memberi motivasi, menimbul azam dan menambah tekad untuk bersama-sama dalam misi-misi akan datang, semata-mata liridhalLah. Semoga ada khair dan manfaatnya. Amiin Ya Rabb!
Berbincang bersama Pengarah Program, Saudara Zahari Deli

Taklimat akhir di BIC - Tambahan 9 sukarelawan Bintulu + 2 Malaya


Saudara Che Salmi (3 dari kiri), sukarelawan AMAL Terengganu turut serta
Ustaz Rosman turut memberi sokongan


Taklimat Perjalanan oleh Ustaz Ibrahim selaku Penasihat Program


Pak Dr. Daeng membacakan doa sebelum bertolak dari Bintulu 12.30pagi
Peserta paling berumur ( 74 tahun ). Semoga semangat beliau menjadi kekuatan kami


Alhamdulillah, sebanyak 5 buah kereta 4WD bertolak menuju Sarikei



Alhamdulillah, tiba di Sarikei 5.17pagi, disambut oleh Dr Awang Ismail (HIKMAH)


Tuan Imam Haji Yahya, YDP ABIM Sarikei mengalu2kan rombongan


Tazkirah Subuh oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah di Masjid Sarikei


Sarapan dan minum pagi di Nurseri/ TASKI ABIM Sarikei

Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN



Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN

Ustaz Zamri Rajab, Ketua Protem AMAL Sarawak Unit Sarikei yang baru dilantik


Persiapan akhir di Sarikei sebelum bertolak ke Ulu Kota, Pakan


Foto Kenangan Pelancaran Yayasan AMAL Malaysia Caw. Sarawak Unit Sarikei


Perjalanan menuju ke Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota bermula


Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 1 - Berturap


Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 2 - Berbatu-batu


Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 3 - Tanah Merah


Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan


Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan ( R&R )


Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory


Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux QMN9717 mendahului konvoi 6 4WD


Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Storm dipandu oleh Saudara Mohd Ali



Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux dipandu oleh Ustaz Ibrahim


Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Triton dipandu oleh Saudara Azlan


Perjalanan Rally - Kereta Mazda BT-50 (back) dipandu oleh Saudara Wan Kamarul


Perjalanan Rally - Kereta Pajero JAIS dipandu oleh Saudara Luizman

Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory

Perjalanan Rally menuju ke Rumah Panjang TR Bandok in memory

Perjalanan Rally - Sahabat-sahabat IKBN terus bersemangat

Perjalanan Rally - Saudara Asrin, Zahari dan lain-lain masih bertenaga

Ustaz Saiful Zafri dan Ustaz Zulfadli seronok selamat tiba di Ulu Kota

Alhamdulillah, selamat tiba dan disambut oleh Ketua Kaum Saudara Azhar

Ahli rombongan, sukarelawan dan penduduk kampung beramah mesra

 
Kaum Ibu dan Anak-anak Saudara Kita turut menyambut sama

Seorang makcik yang turut menyambut kami bersama anjing peliharaannya

Ustzh Nurazian, Ustzh Rohanawati & Ustzh Zubaidah dari JAIS bersama Kaum Ibu

Para sukarelawan bergotong-royong menurunkan barang2 yang dibawa

Sukarelawan dan penduduk kampung bergotong-royong memunggah barang2

Penerangan dan Kata-kata Aluan dari Pengerusi Yayasan AMAL Sarawak

Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan

Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan

Ziarah Kasih Sayang ke Rumah Panjang TR Bandok Ulu Kota

Saudara Che Salmi dan Mohd Ali di hadapan tengkorak bersama penjaganya

Foto bersama Tuai Rumah Encik Bandok. Di kiri sekali Ustaz Fadzli (HIKMAH)

Bersama Ustaz Amir Ridhwan (HIKMAH) dan penduduk rumah panjang

Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang

Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang

Semua ahli rombongan Mandi Sungai sepanjang berada di Ulu Kota

Solat Jama' Zohor dan Asar di dalam Rumah Panjang TR Bandok

Encik Ukan yang suka memakai kopiah. Semoga Allah memberi hidayah iman

Bermesra dan bertukar-tukar fikiran dengan penduduk rumah panjang

Klinik bergerak - Rawatan Kesihatan percuma oleh Dr. Awang Ismail

Ustaz Amir Ridhwan sedang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah

Pengerusi AMAL Sarawak sedang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah


Semoga program yang telah dianjurkan memberi manfaat kepada semua yang turut serta, mengeratkan tali silaturrahim antara sukarelawan, memberi impak positif kepada penduduk Saudara Baru dan penduduk rumah-rumah panjang serta memperkukuhkan lagi Teras Budaya AMAL dalam diri kita semua. Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

Sumber : Muhtar Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak

Read More......

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP