Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Menunggu hadirnya " MTQ " Peringkat Bahagian Bintulu

 Seorang murid sedang memperdengarkan bacaannya. Tahniah

Walaupun ditengah kekurangan peruntukan yang sepatutnya disalurkan oleh pihak KPM untuk melaksanakan MTQ, namun diperingkat Unit Pendidikan Islam Bintulu tetap juga akan mengadakan program tersebut. Ketika ini pihak JK sedang bertungkus lumus untuk memastikan program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. Pada tahun ini MTQ akan dijalankan di SK Agama Bintulu. Manakala ketua jemaah hakim telah diamanahkan kepada Ustaz Mohamad Fuad Bin Jaafar, dari SK Tanjung Batu. Tahniah kepada beliau, moga mampu mengalas amanah ini. Kepada rakan-rakan lain yang terpilih untuk menjadi hakim, mudah-mudahan akan dipermudahkan oleh Allah.

Program MTQ tersebut akan diadakan pada 6 April 2010 bersamaan 21 Rabiul Akhir. Kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat berusahalah untuk melatih anak-anak didik kita supaya bersungguh-sungguh menjiwai pertandingan yang akan diadakan.

Bagi dari saya sendiri, perlu diadakan program yang sedemikian, memandangkan murid perlu terbuka minda untuk bersungguh-sungguh di dalam setiap pertandingan yang diadakan untuk menjadikan mereka lebih berilmu dan berani. Mudah-mudahan mereka bukan sahaja berjaya di dalam kurikulum, malahan juga di dalam ko-kurikulum. Insyaallah. Bagi sahabat-sahabat yang masih belum mendapatkan format atau tajuk-tajuk MTQ boleh download dari sini. Sila download sini.

Read More......

Tahniah...program NISA' berjaya

Keratan akhbar " Borneo Post "

Alhamdulillah, program NISA' telah berjaya menarik perhatian masyarakat Islam di Bintulu, khususnya di Kampung Jepak. Program yang bermula seawal jam 9 pagi telah diisi dengan program-program yang pelbagai dan bermanfaat. Tahniah kepada jawatankuasa kerja yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut. Sesungguhnya tidak ada apa yang kita harapkan, melainkan rahmat dan keredhaan dari Allah. Sebagai makhluk kita hanya melaksanakan perintah dan meninggalkan apa-apa yang ditegah dan dilarang. Mudah-mudahan program ini akan ada kesinambungan lagi pada masa hadapan.

Read More......

Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden baru MCA


 Presiden baru MCA
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala mereka yang menang jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Dua puluh lima pemenang jawatankuasa pusat, termasuk 14 penyandang (nama penyandang dihitamkan) ialah:

1.Lee Chee Leong (1,430)

2. Hou Kok Chung (1,312)
3. Heng Seai Kie (1,267)
4. Wee Jeck Seng (1,175)
5.Toh Chin Yaw (1,142)
6. Tee Siew Kiong (1,141)
7. Gan Tian Loo (1,117)
8. Tan Chai Ho (1,114)
9. Ong Ka Chuan (1,104)
10. Lee Wei Kiat (1,100)
11. Loh Seng Kok (1,086)
12. Hoh Khai Mun (1,077)
13. Liew Yuen Keong (1,059)
14. Tan Cheng Liang (1,054)
15. Koh Nai Kwong (1,040)
16. Por choo Chor (1,037)
17. Tan ken Ten (999)
18. Kong Sing Chu (981)
19. Chong Itt Chew (975)
20. Yoo Wei How (974)
21. Tan Ah Eng (969)
22. Wong Koon Mun (953)
23. Ti Lian Ker (929)
24. Teh Kim Poo (864)
25. Chuah Poh Khiang (851)

Sebelum ini, 2,315 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.


6.50pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Keputusan sedang diumumkan bermula dengan 25 pemenang jawatankuasa pusat MCA.

6.40pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Manakala pengiraan semula undi bagi kerusi ke-25 jawatankuasa pusat sedang berjalan.

5.11pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden pula bermula selepas selesai pengiraan undi bagi jawatan naib presiden, Manakala pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai kira-kira jam 4.30 petang.

4.37pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan naib presiden pula bermula. Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat sudah selesai kira-kira jam 4.30 petang.

1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi.

1.20pm: Pengiraan bermula. Semua ejen dan pengawas pemilihan dilarang bawa telefon bimbit ke dalam dewan.

12.25pm: Tempat pengundian ditutup secara rasmi.

12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari.

11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.


11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah 'underdog' dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia 'satu putarbelit media tertentu'. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.

10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.

10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.

10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.

10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.

9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.

9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.


Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.

7.45am: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan calon presiden pertama yang tiba di ibupejabat. Dia ditemani anak lelakinya yang juga ahli parlimen Labis, Tee Yong.

Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?" - Malaysiakini.

Read More......

Program " Untuk Mu Wanita "

Adalah dengan segala hormatnya, saya mewakili Jawatankuasa Pengelola Program ”Untukmu Wanita” menjemput Datin/puan/ustazah/cik ke program yang akan dianjurkan oleh Nisa’ Bintulu dan Biro Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Yayasan AMAL Malaysia cawangan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam butiran berikut:

Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Balai Raya Kampung Jepak

Tentatif Program

08.00 pagi Sarapan Pagi

                  Pendaftaran peserta

08.30 pagi  Ucapan alu-aluan MC

                   Bacaan Doa

08.35 pagi   Nasyid

08.40 pagi   Ucapan Pengerusi Nisa’ Bintulu

08.50 pagi   Ucapan Perasmian oleh Perasmi

09.00 pagi   Slot Penerangan NISA’:

                 - “Nisa’ Connecting Youth”

                  - Apa itu NISA’

                  - Pembentangan peranan Nisa’

09.30 pagi  Tayangan: Montaj Nisa’ Malaysia

09.40 pagi   Modul Teambuilding I

10.50 pagi   Tayangan: Montaj Nisa’ Bintulu

11.00 pagi    Modul Teambuilding II

12.45 tghari   Makan Tengah Hari

                     Solat Zohor

01.30 ptg      Modul Teambuilding III (Penutup)

03.00 ptg      Nisa’ Kindness

05.00 petang Minum Petang

                      Solat Asar

                      Bersurai

Untuk makluman semua, program ini terbuka kepada kaum wanita yang berada di sekitar Bintulu.

Mohon jasa baik untuk sebarkan maklumat ini untuk manfaat umat Islam di Bintulu.

Read More......

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak ke Kg Kuala Segan, Bintulu


AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center telah berjaya mengadakan Ziarah Dakwah siri 1 ke Kg Kuala Segan pada 20 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu yang lepas. Program ini turut disertai juga dengan  Jawatankuasa Kakitangan Islam ABF ( JASA ABF ) dan L-Tune Motor Club.
Program bermula pada pukul 4 petang dengan dimulakan dengan solat Asar berjamaah bersama dengan penduduk kampung di Surau Darul Yakin. Selepas solat Asar, taklimat perjalanan program telah diberikan kepada semua sukarelawan ziarah oleh pengerusi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak, Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa.
Aktiviti ziarah ke rumah telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan menziarahi 10 buah rumah dengan diketuai oleh ketua masing-masing. Ketua kumpulan 1 diketuai oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa, manakala ketua kumpulan 2 diketuai oleh Ustaz Mohd Sardi Ismail. 
Pihak kami telah menyediakan sumbangan berbentuk barang-barang asasi yang terdiri daripada beras, gula, tepung, bawang, minyak, garam dan bihun. Walaupun barang-barang ini kecil nilainya tetapi penerima mengucapkan syukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih di atas kunjungan dan ziarah kami.
 Aktiviti ziarah selesai lebih kurang pada pukul 6.30 petang. Seterusnya para sukarelawan AMAL Sarawak bersama-sama masyarakat Islam Kg Kuala Segan telah bersama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib berjamaah dan seterusnya ucapan terima kasih daripada pihak AMAL Sarawak yang telah diwakili Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail selaku ketua unit AMAL Sarawak Bintulu. Seterusnya program diisi dengan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Halim Bin Abd Kadir, Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak.
Selesai kuliah maghrib, semua jamaah mendirikan Solat Isyak dan selepas itu, semua jamaah dijamu dengan laksa Sarawak yang telah ditaja oleh AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, semua jamaah dan sukarelawan AMAL Sarawak telah bergotong royong membersihkan surau dan mencuci pinggan mangkuk.
Sebelum pulang, ketua kampung dan imam Surau Darul Yakin yang mewakili semua penduduk kampung Kuala Segan  mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center ke kampung mereka. Mereka mengharapkan akan ada lagi ziarah seperti ini dilakukan oleh AMAL Sarawak ke kampong mereka. Pihak kami juga, mengucapkan terima kasih di atas kesudian menerima rombongan kami. Segala salah silap, pihak kami memohon kemaafan. Insya llah jika ada kelapangan suatu hari nanti akan kami kunjungi lagi, Kampung Kuala Segan.
“ BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH “
Gambar -gambar sepanjang program :
bersama penduduk Kamgpung Kuala Segan
 bungkusan barang yang disumbangkan
ucapan alu-aluan dari pengerusi AMAL Sarawak Bintulu
Kuliah Maghrib disamapikan oleh Ustaz Abd Halim
 sebahagian jamaah Surau Darul Yakin



Read More......

Malam Tarbiyyah BIC

Bila diajukan soalan, mengapa kita perlu ditarbiyyah? Jawapannya ialah, hidup kita ada matlamat dan cita-cita. Apa matlamat kita? Matlamat kita ialah kembali kepada Allah dengan bekalan amal ibadat yang cukup kerana itulah janji kita sewaktu malaikat meniupkan ruh sewaktu kita berada di alam rahim.

Orang yang hidup tanpa matlamat, ibarat seperti kapal yang belayar ditengah lautan, tanpa hala tuju kerana nahkoda kapal tak ada tujuan dan matlamat. Akhirnya kapal itu tenggelam dan karam. Begitu jugalah kita. Kalau orang itu hidup tanpa matlamat dan cita-cita, ianya sebenarnya dah mati sebelum sampai ajalnya. Nauzubillah.

Pada hari Jumaat yang lepas BIC telah mengadakan malam tarbiyyah yang berperanan untuk menilai dan memberi kefahaman kepada sahabat-sahabat BIC tentang betapa penting tarbiyyah di dalam setiap kehidupan insan. Program dimulai dengan solat Isyak berjamaah. Selepas itu pembentangan kertas kerja oleh Akhi Ali Azman yang bertajuk " Tarbiyyah Harakah Islamiyyah ".

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk " Kepentingan Tarbiyyah ". Ahli panelnya ialah Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail dan Puan Wan Juliana Bin Wan Mohd Zin. Banyak ilmu dan manfaat yang dapat diperolehi dari kedua-dua ahli panel di dalam mengupas tajuk tersebut. Insya allah akan kami hayati dan amalkan untuk menjadikan diri kami ini seorang hamba allah yang berkualiti dan bersyukur di atas nikmatNya.
Aktiviti pada pagi itu diteruskan lagi dengan qiamullail, bacaan mathurat, kuliah subuh dan sarapan pagi berjamaah. Acara terakhir hari itu ialah kuliah penyembelihan ayam yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Lotfi dan seterusnya amali penyembelihan ayam.

Sebelum mengakhiri program pada hari itu, acara barbeque diadakan. Alhamdulillah, pengalaman 2 hari ini benar-benar menyeronokkan kerana selain menimba ilmu, kami juga boleh bertukar-tukar cerita dan pendapat. Tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa yang menganjurkan program ini. Lain kali buat lagi.


Sebahagian ahli BIC yang hadir
Forum tarbiyyah
 Kuliah subuh dipimpin oleh Ust Abd Halim, tajuk peluang dan kesempatan
Sarapan pagi berjemaah, satu modul tarbiyyah. Cekodok ajer..itu pun licin
 Modul tarbiyyah : sembelih ayam. Abu Ierfan sedang menyembelih ayam

Read More......

Infaq besi dan bumbung untuk pembinaan Surau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, Pakan

 
 Gambar : aktiviti memasukkan bumbung dan besi ke 
dalam lori dan terus dibawa ke Sarikei

Alhamdulillah, nampaknya gerakerja pembinaan Surau AMAL Al-Azhar Ulu Kota  semakin menampakkan proses pembinaannya. Terbaru pada hari Jumaat ( 19 Mac 2010 ) yang lalu, bumbung dan besi telah dihantar ke Sarikei untuk di bawa ke Ulu Kota.

Untuk makluman, bumbung dan besi ini adalah sumbangan Tuan Haji Sarkawi manakala kos penghantaran ke Sarikei ditanggung dan diuruskan oleh Tuan Haji Omar Shuib. Syukran jazilan di atas penyumbang utama bahan-bahan ini. Sesungguhnya beruntung kepada mereka yang menggunakan kekayaan mereka pada jalan yang sepatutnya.

Bagi pihak Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota dan Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak mengucapkan jazakumullah khu khairan khathira. Semoga lebih banyak-banyak lagi insan-insan seperti mereka ini yang bersedia menyumbang untuk kebaikan. Insya allah. 

Firman Alllah : 
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.  ( Surah al-Baqarah : 261 )

Read More......

Rilek seketika

Alhamdulillah, cuti sekolah akan berakhir. Yang pulang ke kampung akan datang semula ke Bintulu. Selamat Datai ke Bintulu semula! Kita mulakan kerja balik. 

Cuti sekolah ini digunakan oleh Abu Ierfan dengan membuat kerja-kerja pentadbiran yang tertangguh yang sepatutnya telah disiapkan awal. Alhamdulillah, banyak juga dapat disiapkan, untung tak pergi ke mana-mana, kalau tidak makin banyak kerja yang tak siap. Apa kerja tu? ye la JAKSA, QTC,  Surau Ulu Kota, Kebajikan AMAL dan membaca buku. Bermula kerja jam 7 sehingga Zohor pun tak sudah-sudah buat kerja. Rehat solat dan sambung lagi sampai malam.

Apa tidaknya, banyak tugasan yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan yang perlu dilaksanakan dan dibuat. Alhamdulillah, dapat juga menyiapkannya.

Ada satu hari tu, kami sekeluarga bersantai seketika di Jepak, rumah Ustaz Ubai, tanggap ikan dan bakar. ada la 4 / 5 keluarga yang turut serta termasuk Ustaz Jaafar Belal dai Kuching, yang kebetulan nak balik Miri. Best juga, asyik mnegadap lap top sahaja. Sekali sekala kena rilek2 juga. Tengok gambar di bawah semasa aktiviti santai -santai.

Banyaknya ikan...

Tengok ni..apa yang saya dapat. Ust Ubai perhatikan aja. 
Dalam hati, hbs ikan aku tu 

 Tgk siapa yang tangkap. Along...raja ikan

 Ummi Ierfan pun dapat ikan juga..tahniah

 Ust Nasir turut membantu 

Bakor pun sodap..Ust Ubai..tak kan tgk ajer..kira pemantauan la tu.. 

Dah kenyang..tiba masa nak balik. Sebelum tu bergambar dulu..belakang tu kandang kambing..
Terima kasih Ust Ubai..nak bawak balik tak boleh..

Read More......

Rosli Dhoby ( 1932 - 1950 ) : Pahlawan Sarawak



Rosli Dhoby berketurunan Melanau, lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.

Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.



Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lain: Wikipedia.

Makam Pahlawan Sarawak

Read More......

Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota Pakan


Header Web AMAL Sarawak.jpg
Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-AzharPenentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar
[Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota]

AMAL Sarawak, 29 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillah! Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak dalam proses membina Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan.

Alhamdulillah, pada 12-13 Mac 2010 yang lepas, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar bin Suhaili dan Saudara Mohd Ali bin Murad telah turun padang ke Ulu Kota bersama-sama Pegawai Jabatan Tanah dan Survei Sarikei iaitu Encik Yusof bin Mohd Salleh dan Encik Abang Danial bin Abang Ahmad bagi tujuan penentuan arah qiblat Surau berkenaan. Turut hadir sama ialah Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan penduduk Perkampungan Saudara Kita serta Kontraktor Pembinaan yang dilantik yang diketuai oleh Encik Sylvester ak Muyang.

Untuk makluman, majlis pecah tanah tapak Surau berkenaan telah dijalankan pada 14 Februari 2010 yang lepas dan turut dihadiri oleh sukarelawan-sukarelwan AMAL serta pegawai-pegawai dari JAIS dan HIKMAH. Insya Allah pembinaan Surau ini akan diteruskan dan dijangka siap pada Jun 2010. Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa.

AMAL Sarawak dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarikei di atas komitmen dan khidmat yang jitu dalam penentuan arah qiblat baru-baru ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada pihak JAIS, HIKMAH dan ABIM Sarikei di atas kerjasama yang diberikan dan semoga hubungan ukhuwwah yang terbina akan berkesinambungan pada masa akan datang.

Sebagai perkongsian, marilah kita sama-sama menghayati fikrah Dr. Mustafa as-Siba’i dalam perbahasan beliau tentang pembinaan Masjid Nabawi serta fungsi sebenar masjid. Semoga ada khair dan manfaatnya buat kita semua.
“Apabila Rasulullah SAW sampai ke Madinah, maka kerjanya yang pertama ialah membina padanya masjid. Ini menunjukkan kepentingan masjid dalam Islam… Apatah lagi bagi masjid itu mesej kemasyarakatan dan keruhanian yang besar kedudukannya dalam kehidupan muslimin. Masjidlah yang menyatupadukan mereka, mendidik jiwa, menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah dan di masjidlah dizahirkan kekuatan dan prinsip mereka.

Sejarah masjid dalam Islam telah membuktikan bahawa daripada masjid bergeraknya tentera Islam memenuhi bumi dengan hidayah Allah. Daripada masjid juga diutuskan obor cahaya dan hidayah untuk Muslimin dan selain mereka. Di masjidlah bermula subur dan berkembangnya benih ketamadunan Islam. Tidaklah Abu Bakr, `Umar, Uthman, `Ali, Khalid, Sa`ad, Abu `Ubaidah dan seumpama mereka, yang merupakan tokoh-tokoh agung sejarah Islam melainkan para penuntut di madrasah Muhammadiyyah (sekolah Rasulullah SAW) yang bertempat di Masjid Nabawi… Jadikanlah masjid kembali sebagai tempat utama dalam semua institusi kemasyarakatan kita, jadikanlah masjid kembali memainkan peranannya dalam mentarbiah manusia, melahirkan tokoh, membaiki kerosakan masyarakat, memerangi kemunkaran dan membina masyarakat atas asas taqwa dan keredhaan Allah”.

( Al-Siba’i, Al-Sirah an-Nabawiyyah: Durus wa `Ibar, m.s. 74-75 Jordan: al-Maktab al-Islami ).

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:
“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

Read More......

Produk TG4All - Makanan berkhasiat

Produk-produk ini telah diformulasikan dan dihasilkan dengan penuh ketelitian dan adab-adab tertentu bagi memastikan ianya adalah halal lagi suci. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri daripada barisan makanan-makanan sunnah, warisan ulama terdahulu serta makanan-makanan terpilih dari segenap pelusuk dunia.


MADU ASLI SMS

Produk ini telah dirumus khusus dan diproses dengan penuh adab dan tertib dengan menggunakan makanan-makanan sunnah dan makanan terbaik dunia. Produk ini juga dimasukkan ayat-ayat syifa' sebagai satu ikhtiar dengan izin Allah. Membantu pesakit lelah (asma), resdung, darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser, batu karang, strok, migrain, masalah hati, buah pinggang, kolestrol, demam, batuk berkahak.

Bahan-bahan : Ekstrak Za'faran, Madu, Ekstrak Habbatussauda'.
Kandungan : 250ml
                            Harga : S/M : RM40.00 S/S : RM45.00



MINYAK KAPAK MAS

Minyak Nyaman Segar Fatihah dihasilkan dengan penyediaan tradisional. Khusus untuk melegakan kesakitan tanpa kesan sampingan. Ianya lembut, sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Bahan-bahan : White Oil, Cybopogon, Eucalyptus Oil, Menthol, Camphor
Kandungan : 12ml
Harga : S/M : RM9.00 S/S : RM11.00



ILLASSAAM

Kehebatan Habbatus Sauda’ telah dibuktikan oleh Saintis seluruh dunia. Produk ini diproses secara bioteknologi tanpa haba dan bahan kimia.

Menguatkan Sistem ketahanan badan melawan serangan penyakit. Dijamin tanpa bahan pengawet.

Khasiat :

Membantu pesakit lelah (asma), resdung, darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser, batu karang, strok, migrain, masalah hati, buah pinggang, kolestrol, demam dan batuk berkahak.

Bahan-bahan : 100% Habbatus Sauda'.
                         Kandungan : 60ml
                         Harga : S/M : RM40.00 S/S : RM45.00



SUPER KOLAGENIK

Merupakan minuman kolagen dengan soya yang bersumberkan protin membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan, melembab, menegang dan melicinkan kulit badan.

Dengan tambahan serbuk mutiara dan vitamin C ianya membantu melindungi kulit dari kesan sinaran matahari yang menjadi rahsia kepada kulit yang cerah dan cantik.

Serbuk soya, kaya dengan asid amino asas. Ianya juga mengandungi asid folik, vitamin B yang membantu             pembentukan sel-sel baru dan juga sebagai sumber tenaga.
                                                    
Serbuk mutiara, kaya dengan 18 jenis asid amino yang mana 10 daripadanya adalah asas untuk membantu proses-proses penyembuhan kulit di samping mengekalkan nutrisi sel-sel dalam badan.
Formulasi yang dapat menjadikan tekstur kulit anda agar tampak lebih cerah, sekata dan menarik.


Bahan-bahan : Kolagen (asas ikan), Serbuk Soya, Serbuk Mutiara, Vitamin C, Teh Hijau, Agaricus Blazei Murril, Klorofil.
Kandungan : 15g x 15 paket
Harga : S/M : RM49.00 S/S : RM54.00




SUPER SUSUNIK- IgG200

Masukkan sepaket Susunik~IgG ke dalam segelas air sejuk atau segelas air suam (di bawah 50oC). Elakkan dari haba dan lembapan untuk mengekalkan khasiatnya.

Bahan-bahan : Susu skim, Kolostrum (200mg), DHA, AA dan SA.
Kandungan : 15g x 15 paket
Harga : S/M : RM49.00 S/S : RM54.00




JUS TG
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab, tertib dan ketelitian dengan menggunakan makanan sunnah serta beberapa makanan terbaik dari seluruh pelusuk dunia. Produk ini juga dimasukkan dengan ayat-ayat syifa' dengan kaedah rawatan pinggan putih sebagai ikhtiar untuk meningkatkan kesihatan pengguna. Bahan-bahan yang digunakan telah terbukti kebaikannya dan digunakan umum sejak turun-temurun.
Bahan-bahan : Pati Kurma, madu, habbatussauda', buah tiin, zaitun, delima, za'faran, goji, roselle, manggis dan gaharu.

Kandungan : 250ml
Harga : S/M : RM20.00 S/S : RM26.00


ABQARI
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab, tertib dan ketelitian dengan menggunakan kaedah rawatan pinggan putih yang telah digunakan sejak zaman-zaman berzaman oleh ulama-ulama terdahulu dengan menulis ayat-ayat syifa' terpilih dan bahan-bahan terbaik. Produk ini boleh diminum sebagai sebahagian dari ikhtiar untuk penerang hati, menguatkan daya ingatan, membantu hafazan serta membantu keseimbangan mental (IQ) dan emosional (EQ)
Bahan-bahan : Za'faran, Air Mawar dan Gaharu
Kandungan : 100ml
                                        Harga : S/M : RM15.00 S/S : RM18.00


SYIFA'
Produk ini dihasilkan dengan penuh tertib dan ketelitian dengan menggunakan ayat-ayat syifa' terpilih dan bahan-bahan terbaik. Produk ini boleh diminum sebagai sebahagian dari ikhtiar rawatan masalah fizikal, spiritual, mental dan emosional atau diamalkan sebagai minuman seharian.
Bahan-bahan : Za'faran, Air Mawar dan Gaharu
Kandungan : 500ml
Harga : S/M : RM10.00 S/S : RM12.00



NURUL IMAN
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab, tertib dan ketelitian dengan menggunakan kaedah rawatan pinggan putih yang telah digunakan sejak zaman-zaman berzaman oleh ulama-ulama terdahulu dengan menulis ayat-ayat syifa' terpilih yang dikhususkan untuk kaum hawa dan bahan-bahan terbaik. Produk ini boleh diminum sebagai sebahagian dari ikhtiar untuk mengatasi masalah fizikal, spiritual, mental dan emosional untuk kaum hawa.
Bahan-bahan : Za'faran, Air Mawar dan Gaharu
                                                Kandungan : 100ml
                                                Harga : S/M : RM15.00 S/S : RM18.00


LEYN
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab, tertib dan ketelitian dengan menggunakan kaedah rawatan pinggan putih yang telah digunakan sejak zaman-zaman berzaman oleh ulama-ulama terdahulu dengan menulis ayat-ayat syifa' terpilih yang dikhususkan untuk kaum hawa dan bahan-bahan terbaik. Produk ini boleh diminum sebagai sebahagian dari ikhtiar untuk mengatasi masalah fizikal, spiritual, mental dan emosional untuk kaum hawa.
Bahan-bahan : Za'faran, Air Mawar dan Gaharu
                                        Kandungan : 100ml
                                        Harga : S/M : RM15.00 S/S : RM18.00


KISMIS DOA TG
Kismis Doa TG di sediakan dengan menggunakan kismis terpilih dan didoakan serta serta dibacakan ayat-ayat Al Quran oleh ustaz dan pelajar-pelajar tahfiz. Kismis Doa TG InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa 
penyakit kecuali kematian".
 


Bahan-bahan : Kismis yang telah didoakan 
                          
                          Kandungan : 250gm
                          Harga : S/M : RM10.00 S/S : RM13.00


KOPI 3G
Kopi 3G dihasilkan menggunakan ekstrak kopi terpilih serta ditambah-baik dengan ekstrak guarana, goji dan gaharu untuk menambah kenikmatan serta memberi tenaga.

Bahan-bahan : Gaharu, Ekstrak Guarana, Ekstrak Goji, Ekstrak Kopi, Krimer Bukan Tenusu dan Gula
Harga : S/M : RM22.00 S/S : RM25.00

Insya allah sesiapa yang ingin untuk mendapatkan barangan TG4All boleh menghubungi penama seperti berikut :
  1. Bintulu : Saudara Mohd Hafiez  - 019 - 279 9681
  2. Miri     : Saudara Ali Murad - 013 - 364 0105
  3. Mukah : Saudara Muaz - 019 - 818 1877

Read More......

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP