Wednesday, November 18, 2009

Imbasan KLAQ 2009



Alhamdulillah, Kem Literasi Al-Quran telah berjaya dijalankan pada 13 - 15 November 2009 yang lepas. Pelbagai rentak dan telatah murid - murid yang terpaksa dilayan oleh AJK dan fasilitator. Namun demikian, secara keseluruhannya, pencapaian murid-murid amat memberangsangkan dan mengalakkan.

Sebenarnya murid-murid ini bukan lemah, tetapi saya lihat mereka merasa bosan dengan kaedah P & P dan guru - guru yang sama. Di dalam program ini, P & P lebih santai dan menyeronokkan dengan guru-guru baru yang sangat mesra.

Apa pun saya selaku pengarah program mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini sehingga mencapai sasaran yang telah disasarkan. Insya Allah segala usaha dan penat lelah para AJK berkampung di Villa Mardhiah Resort akan diganjari oleh Allah dengan pahala yang sewajarnya dengan syarat ikhlas kerana Allah. Kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.


Gambar aktiviti sepanjang program Kem Literasi Al-Quran ( KLAQ 2009 ).


apa yang kecoh - kecoh AJK pengisian ni!


Kem Komanden yang berwibawa, Ustaz Ahmad Marzuki




Pen. Kem Komanden : Ustaz Mohd Nassir Abd Fatah




Bakal pengantin yang sentiasa ceria

 

Belajar makan beradab, kerana tak lama akan menjadi raja sehari.
Terima kasih kerana sudi membantu


Ustaz Ubai nak berpossing dengan peserta, boleh ker cm tu ?

No comments:

Post a Comment