Pelajar Mithali Bintulu 2011,
Dari kiri, Nurul Athirah, Nurul Akmal, Nur Izzudin dan Nur Hazmi
Hadiah RM100, Sijil Pengiktirafan, Buku-buku Ilmiah dan Plak kenang-kenangan
Sempena sambutan Maulidurrasul 1432H peringkat Bahagian Bintulu, JAKSA telah memperkenalkan Anugerah Tokoh Pelajar Islam Mithali Bintulu 1432H . Pihak Jawatankuasa pemilihan telah bersetuju untuk memilih 2 kategori yang terdiri daripada 2 orang di sekolah rendah dan 2 orang di peringkat sekolah menengah.
Penilaian dan pemilihan ini dibuat berdasarkan kecemerlangan pencapaian akademik, ketokohan di dalam kepimpinan, keaktifan di dalam kegiatan ko-kurikulum dan anugerah yang pernah diperolehi samada di peringkat sekolah, bahagian, negeri ataupun antarabangsa. Penilaian dan pemilihan tokoh pelajar ini diketuai oleh Ustaz Ubaidillah Abdul Hamid dan dibantu oleh Ketua Panitia Sekolah Rendah dan Menengah dan MT JAKSA.
Hadiah berupa wang tunai RM 100, Sijil Pengiktirafan, buku2 ilmiah, dan plak tanda kenang-kenangan telah disumbangkan daripada pihak JAKSA sendiri. Bagi pihak JAKSA, kami mengucapkan tahniah di atas pengiktifaran ini, semoga para penerima anugerah ini akan lebih tekun dan bersungguh-sungguh di dalam pelajaran sehingga beroleh kejayaan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi pelajar-pelajar yang lain, di harap ianya menjadi sumber inspirasi ke arah memberbaiki diri dan berusaha untuk memperolehi kecemerlangan pada masa hadapan.
Dibawah ini dicatat kecemerlangan Tokoh Pelajar Mithali Bintulu 2011 M / 1432 H.
Kategori Lelaki Peringkat Sekolah Rendah : NUR IZZUDDIN BIN HJ OMAR
Biodata:
Tarikh Lahir : 27 Januari 1998
Tempat Lahir : Sibu
Adik beradik : 5 orang, anak bongsu daripada 5 orang adik beradik
Nama Ayah : Hj. Omar bin Hj Salleh
Pekerjaan : Pengurus Kanan Pengurusan Kargo Bintulu Port Sdn.Bhd
Nama Ibu : Hjh Sa’adiah Hj Kiprawi
Pekerjaan Ibu : Guru
Sewaktu bersekolah di SK Agama Bintulu, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar, aktif dan mempunyai tokoh kepimpinan. Dalam peperiksaan UPSR 2010 NUR IZZUDDIN BIN HJ OMAR berjaya mendapat keputusan UPSR 6 A, termasuk Bahasa Arab yang mencacat keputusan 97%.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum. Antara kejayaannya di dalam ko-kurikulum ialah :
- Johan Kompang dan Selawat Majlis Tilawah AlQuran peringkat Bahagian Bintulu 2009
- Wakil Bintulu Konvensyen Doktor Muda peringkat Negeri di Betong 2010 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
- Menyertai Majlis Khatam Al Quran Peringkat kelas KAFA, sekolah dan peringkat negeri di Bintulu 2007 dan 2010
- Menyertai National Robotics Competitions sebagai peserta Kategori Robot Recycling bahagian Bintulu anjuran bersa ma Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Sains Negara (MOSTI) dan Sasbadi 2008
- Menyertai Seminar Peperiksaan UPSR anjuran Tabung haji dan Berita harian Sdn Bhd 2010
- Menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Zon Kidurong 2010 - Johan
- Menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Bahagian Bintulu 2010 – Naib Johan
- Menyertai Kem Sains Bintulu SK Agama anjuran bersama Shell Malaysia Bhd
- Menyertai Perkhemahan Rimup di SJHK Sebiew Chinnese 2010
- Menyertai Kem Ibadah dan Sahsiah ( KIDS 2010 )
Daripada aspek kepimpinan pula, beliau merupakan :
- Ketua kelas 2006
- Ketua kelas KAFA 2009
- Pengawas 2009 - 2010
- Pengerusi Kelab Badminton 2010
- Timbalan Pengerusi Persatuan Pengakap 2010
- Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah 2010
Kecemerlangan beliau ini diiktiraf oleh pihak sekolah dengan menganugerahkan
- Tokoh Ko-Kurikulum 2011
- Pengawas yang berdedikasi
Kategori Perempuan Peringkat Sekolah Rendah : NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMMAD ROSLI
Biodata:
Tarikh Lahir : 29 Nov 1998
Tempat Lahir : Bintulu
Adik beradik : anak ke 2 daripada 6 orang adik beradik
Nama Ayah : Mohammad Rosli Bin Ahmad
Pekerjaan : Guru Penolong Kanan, SMK Bandar
Nama Ibu : Norehan Binti Selamat
Pekerjaan Ibu : Guru
Semasa bersekolah di SK Kidurong 2, NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMMAD ROSLI ini telah menunjukkan kecemerlangannya dalam pelbagai bidang. Dalam bidang akademik beliau telah berjaya mencatat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR 2010. Kecemerlangan pelajar ini tidak hanya dalam bidang akademik sahaja bahkan di peringkat ko-kurikulum juga. Sekarang ini beliau bersekolah di SMK Bandar Bintulu dan akan menyambung pelajaran di SBP Integrasi di Melaka.
Dalam aktiviti ko-kurikulum, beliau ternyata sangat cemerlang dengan penglibatan dalam :
Sekolah:
1. Khatam Al-Quran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2008 (Peserta)
2. Pertandingan Bercerita Panitia Bahasa Melayu, 2009 (Ketiga)
3. Pertandingan Sinaran Mentor Mentee Panitia Bahasa Melayu, 2009 (Saguhati)
Bahagian:
1. Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Bahagian Bintulu, 2007 (Kedua)
2. Kejohanan Taekwando Antara Sekolah-sekolah Peringkat bahagian Bintulu (1 Gangsa)
3. Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Bintulu, 2008 (Peserta)
4. 1st Park City Mall-PTGS Bintulu Taekwando (Poomsae) Championship 2009 (1 emas, 1 perak)
5. Pertandingan Koir Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Bintulu, 2009 (Johan)
6. 2nd Park City Mall-PTGS Bintulu Taekwando (Poomsae) Championship 2009 (1 emas)
Negeri:
1. Penyertaan ke Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Sarawak, 2006
2. State TaekwandonChampionship 2009 at UiTM Sarawak (1 emas)
3. Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Sekolah-sekolah Rendah KRS/NGO Peringkat Negeri Sarawak 2010
Kebangsaan:
1. Penyertaan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2, Kota Bharu
Antarabangsa:
1. 7th TTSC International Invitation Taekwando Championship Melaka, (2 emas, 1 perak)
2. Borneo Cup Invitation Championship, Kuching, 2010 (1 emas, 1 perak)
Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan dilantik sebagai :
1. Penolong Ketua Kelas (2005)
2. Ketua Kelas (2006)
3. Pengawas Sekolah (2008-2009)
4. Penolong Ketua Pengawas Sekolah (2010)
5. Pengerusi Kelab Permainan Dalaman (2010)
6. Setiausaha Persatuan Pendidikan Islam (2010)
Atas kecemerlangan beliau, pihak sekolah turut mengiktiraf pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan kepimpinan dengan menganugerahkan :
1. Anugerah Atlet Harapan SK Kidurong 2 2009
2. Anugerah Murid Cemerlang Ko-kurikulum SK Kidurong 2 2010
3. Anugerah Murid Contoh SK Kidurong 2 2010
4. Anugerah Sijil Cemerlang Aktif dalam Penyertaan Program Rakan Muda Wajadiri Taekwando 2010
Kategori Lelaki Peringkat Sekolah Menengah : NUR HAZMI BIN ZADIE
Biodata:
Tarikh Lahir : 27 Jan 1995
Tempat Lahir : Bintulu
Adik beradik : 3 Orang
Nama Ayah : Zadie Bin Arbi
Pekerjaan : Penyelia Keselamatan Petronas
Nama Ibu : Nur Syamimi Teng Abdullah
Pekerjaan Ibu : Suri rumah
NUR HAZMI BIN ZADIE yang bersekolah di SMK Bandar Bintulu ternyata seorang pelajar yang pintar, aktif dan berkepimpinan di sekolah. Dalam peperiksaan PMR 2010 beliau telah berjaya mendapat keputusan 9A termasuk Bahasa Cina.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam ko- kurikulum. Antara kejayaan yang pernah diperolehi ialah :
1. Atlet olahraga peringkat sekolah
2. Atlet Terbaik 13 tahun ke bawah 2008
3. Atlet Terbaik 14 tahun kebawah 2009
Bahagian:
1. Naib johan pertandingan lalu lintas peringkat Bahagian Bintulu 2010
2. Wakil Sekolah pertandingan badminton 2010
3. Wakil seklah pertandingan kaligrafi bahasa Cina 2010
Negeri:
Pingat Emas, Lompat Jauh
Daripada aspek kepimpinan pula, beliau merupakan :
1. Pengawas Sekolah 2009-2011
2. AJK Tugas Khas Persatuan Pelajar Islam 2010
3. Naib Setiausaha Persatuan Pelajar Islam 2011
Kecemerlangan beliau ini telah diiktiraf oleh pihak sekolah dengan penganugerahan :
1. Pelajar Harapan Peringkat Sekolah 2010
2. Pelajar Terbaik PMR 2010
3. Peserta program RIBAT sekolah
4. Olahragawan Sekolah
5. Pelajar terbaik keseluruhan matapelajaran Pendidikan Islam 2009-2010
6. Pelajar Terbaik Keseluruhan Matapelajaran Bahasa Cina 2009-2010
Kategori Perempuan Peringkat Sekolah Menengah : NURUL AKMAL BINTI SAFIAN
Biodata:
Tarikh Lahir : 1 Ogos 1995
Tempat Lahir : Bintulu
Adik beradik : 4 Orang
Nama Ayah : Shafian Bin Shafie
Pekerjaan : Pengurus Kanan Kejuruteraan Awam MLNG
Nama Ibu : Mariam Binti Taha
Pekerjaan Ibu : Suri rumah
NURUL AKMAL BINTI SAFIAN yang bersekolah di SMK Bintulu ternyata seorang pelajar yang pintar, aktif dan berkepimpinan di sekolah. Dalam peperiksaan PMR 2010 yang lalu beliau telah berjaya mendapat keputusan 8A.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum. Antara kejayaan yang pernah dicapai dalam bidang ko-kurikulum ialah :
1. Pingat perak dan gangsa, Jemputan Piala Borneo Taekwando, Kuching 2008
Antarabangsa:
1. Pingat gangsa, Kejohanan Terbuka Poomsae Taekwando, Singapura (2010)
2. Kejohanan Terbuka Kelab Taekwando Antarabangsa, Kuala Lumpur 2009
Daripada aspek kepimpinan pula, beliau merupakan :
1. Pengawas sekolah (2008-2010)
2. Pengerusi Persatuan Taekwando (2010)
3. AJK Kelab Bola Jaring (2010)
4. AJK Kelab Bahasa Inggeris (2010)
Kecemerlangan beliau ini telah diiktiraf oleh pihak sekolah dengan penganugerahan :
1. Pelajar Bestari Sekolah 2010
2. Anugerah Cemerlang daripada Persatuan Taekwando Gabungan Sarawak (PTGS) Bintulu
Semoga dengan pengiktirafan ini, ianya akan menjadi pemangkin dan perangsang kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berlumba-lumba dan bersaing di dalam akademik dan kemerlangan sahsiah.
Read More......