Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Family Day AMAL- Taman Negara, Niah

Tahniah kepada Biro Sukan dan Rekreasi AMAL Sarawak yang telah berjaya menghimpunkan sebilangan besar keluarga sahabat-sahabat Miri, Bintulu dan Brunei. Memang sangat meriah aktiviti yang dianjurkan. Kami tidak berkesempatan untuk bermalam dan masuk ke Gua Niah. Insya allah kalau ada kesempatan pada masa akan datang.

Saksikan gambar-gambar menarik sepanjang Family Day AMAL Sarawak di Taman Negara Niah.


Taklimat konvoi dari AMAL Bintulu


Sebahagian peserta muslimat mengikuti konvoi ke Niah 



Sempat possing semasa orang sibuk mendaftar 



peserta muslimin


Peserta muslimat 



 
Ini acara suami isteri...semua 3 dari kanan adalah baru kahwin 

 
Ini acara anak-anak. Ierfan pun siap sedia tu, 
apa yang Ierfan kata tu


 
Ini acara apa ni...suami kena dera dengan isteri ker?


 
Abu Ierfan main bowling padang guna buah kelapa


Dapat juga hadiah


 Bergambar kenangan dihadapan Taman Negara Niah
Bila lagi boleh berkumpul mcm ini ?

 
Ramai juga muslimat yang turut serta, 
Ummu Ierfan bertambah lagi kawan

 
Bertemu semula kawan lama, Khairul Anuar ( x-KISAS). 
Kali terakhir bertemu 1995
Sekarang bekerja di Brunei Darussalam

Pengalaman yang menyeronokkan bila bertemu sahabat-sahabat di Borneo. Rindu suasana sebegini. Ierfan berpeluang naik bot bersama Pak Yeop. Kali teakhir Ierfan naik bot di kampung Air Brunei pada tahun 2008.

Read More......

Family AMAL Sarawak

Esok insyallah, kami akan ke Miri untuk menjayakan Family Amal yang akan diadakan di Taman Negara Niah, Miri. Rasanya Januari ini banyak sangat program dan aktiviti yang hendak dilaksanakan. Entah mampu atau tidak. Sejak balik bercuti dari semenanjung, belum ada free yang boleh berehat. Sebab itu blog ni terbiar sahaja. Minta maaf la yer pada pengunjung. Tuan empunya blog ini sedang berusaha untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum sudah.


Semoga program in berjaya mempertautkan ukhuwah silaturahim di kalangan sahabat-sahabat di seluruh bahagian di Sarawak. Insya allah.

Read More......

Takziah kepada seluruh rakyat Johor

Kami sekeluarga mengucapkan takziah dan turut berasa sedih atas kemangkatan DYMM Sultan Johor. Isteri dan anak kod ic 01 ( rakyat Johor la tu ) Apatah lagi sebahagian besar harta saya berada di Johor. Semoga Allah merahmati dan menempatkan Almarhum di kalangan orang-orang yang soleh. Sama-sama kita membaca Al-Fatihah sebagai sedekah kepada roh almarhum.

Baca berita di sini.


Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat (22 Januari 2010) pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini. Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu :
  1. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail
  2. Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah
  3. Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
  4. Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani
  5. Tunku Maimunah Ismailiah
  6. Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail
  7. Paduka Puteri Tunku Muna Najiah
  8. Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.
Jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari (23 Januari 2009) untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di Johor Baharu, pada jam 2 petang.

Kredit kepada Malaysiakini

Read More......

Gerhana matahari separa


Selepas ijtimak, bulan teranjak dari penjajarannya dengan garisan bumi-matahari. Ini sekali gus menandakan bermulanya proses pembentukan anak bulan.



JUMAAT lalu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi tanda kebesaran Allah dalam mengatur perjalanan alam semesta yang maha luas, iaitu fenomena gerhana matahari separa. Fenomena alam itu berlaku apabila matahari, bulan serta bumi berada dalam satu garisan dan satah yang dinamakan sebagai penjajaran sempurna.

Secara keseluruhannya, fenomena tersebut dilihat menerusi lintasan selebar 300 kilometer (km) yang merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur. Di sesetengah kawasan, mereka dapat menyaksikan gerhana matahari anulus iaitu berbentuk cincin disebabkan bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya. Di Malaysia, banyak pihak telah mengadakan program tertentu seperti pencerapan gerhana di beberapa lokasi sesuai, menganjurkan solat sunat kusuf (gerhana matahari) dan khutbah khas sempena kejadian tersebut.
Apa yang pasti, fenomena gerhana sebenarnya mengajak manusia agar sentiasa merenungi kebesaran Ilahi yang berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya.

Penentuan Takwim Hijri
Di samping itu, kejadian gerhana juga mempunyai hubung kait dengan penentuan takwim Hijri (Hijrah) atau kalendar Islam. Menurut Pensyarah Unit Falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman (UDM), Dr. Baharrudin Zainal, geometri fasa bulan bermula dengan keadaan ijtimak, di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan.Sementara gerhana matahari pula berlaku apabila ketika ijtimak, matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah. Dalam keadaan lain ketika ijtimak, bulan tidak berada pada satah yang sama dengan garisan matahari-bulan.

"Oleh itu, ijtimak yang berlaku berpadanan dengan gerhana matahari, membolehkan manusia menyaksikan fenomena yang berangkai ini, iaitu ijtimak dan gerhana matahari. "Selepas ijtimak, bulan akan teranjak dari penjajarannya dengan garisan bumi-matahari sekali gus menandakan bermulanya proses pembentukan anak bulan," jelas Dr. Baharrudin dalam satu kiriman e-mel kepada Kosmo! baru-baru ini. Ujar beliau lagi, ketika fasa bulan purnama pula, bulan berada pada kedudukan paling luar dalam garisannya dengan matahari dan bumi. Dalam keadaan yang dinamakan sebagai istiqbal, cahaya matahari jatuh sepenuhnya ke permukaan bulan (fasa bulan purnama). Walau bagaimanapun, sekiranya matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah ketika ini (istiqbal), gerhana bulan pula akan berlaku.

BAHARRUDIN ZAINAL

"Bahagian gelap pada permukaan bulan yang dilihat dari bumi sebagai formasi gerhana, sebenarnya ialah bayang-bayang bumi. Maka, gerhana matahari berlaku pada akhir bulan Hijri (pada hari ke 29). Sementara gerhana bulan pula berlaku pada malam bulan purnama (sama ada malam ke-14 atau 15)," katanya. Berdasarkan rekod, pada awal pagi 1 Januari 2010, (bersamaan 15 Muharam), rakyat Malaysia telah dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan separa. Manakala pada 15 Januari lalu, (bersamaan 29 Muharam), berlaku pula gerhana matahari.

Mengikut data pergerakan bulan dan matahari pada tarikh tersebut (15 Januari 2010), kemuncak gerhana matahari anulus berlaku pada pukul UT 07.07 (bersamaan jam 3.07 petang waktu Malaysia). Ketika itu, bulan dan matahari berada segarisan dengan titik bumi di tengah-tengah Lautan Hindi, pada latitud 01° 37' Utara dan longitud 69° 17' Timur, bersamaan waktu tengah hari bagi tempat ini (berdekatan dengan kepulauan Maldives). Dengan halaju purata pergerakan bulan 13°/hari berbanding matahari pada kadar 1°/hari, bulan memintas ke timur matahari selepas kemuncak gerhana. Semakin jauh bulan berpisah dengan matahari (atau semakin lama mengikut masa), bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dari Bumi. Bahagian bercahaya dalam bentuk 'jaluran sabit yang halus' disebut anak bulan.

PENGGUNAAN cermin mata khas digalakkan bagi mengelakkan berlakunya masalah kerosakan mata.

"Dalam konteks penyediaan takwim Hijri, anak bulan yang wujud selepas ijtimak hendaklah disabitkan dengan kenampakannya secara fizikal ataupun dinilai mengikut syarat jangkaan kenampakan (imkannur rukyah). Berdasarkan keputusan cerapan anak bulan yang dilakukan untuk satu tempoh yang lama, ahli-ahli falak dalam pelbagai tamadun telah menerbitkan model bagi syarat kenampakan tersebut dengan kuantiti tertentu.

"Antara kuantiti yang digunakan untuk membuat justifikasi kenampakan anak bulan ialah umur bulan selepas ijtimak, ketinggiannya di atas ufuk, jarak sendeng kedudukannya dengan matahari atau kadar cahayanya," terang Dr. Baharrudin lagi.

Penetapan Awal Safar 1431H
Oleh itu, berdasarkan senario pada 15 Januari 2010 bersamaan 29 Muharam 1431H, bulan terbit kira-kira lapan minit lebih awal berbanding matahari, menunjukkan selisih kedudukan kedua-dua objek itu. Selepas kemuncak kejadian gerhana (kira-kira jam 4.30 petang), bulan dan matahari mengalami proses pemisahan bagi pembentukan fasa bulan seterusnya. Menjelang waktu Maghrib di Kuala Terengganu pada jam 7.12 petang, bulan didapati telah melepasi hanya satu bulatan cakera matahari sahaja.

Menurut hitungan, bulan ketika itu (iaitu anak bulan Safar 1431H) berada kurang satu minit sahaja di atas ufuk. Anak bulan dalam keadaan ini disifatkan sebagai 'tidak wujud' kerana tidak memenuhi syarat fizikal kenampakannya. "Justeru, tarikh 16 Januari 2010 bersamaan 30 Muharam dan 1 Safar 1431H jatuh pada hari Ahad, bersamaan 17 Januari 2010," ujarnya sambil memaklumkan bahawa pada petang 30 Muharam (Sabtu malam Ahad), anak bulan Safar berada setinggi 10½° selama hampir 50 minit di atas ufuk.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan mengalami dua gerhana anulus pada 21 Mei 2031 dan 14 Oktober 2042.

Read More......

Gerhana Matahari

Gerhana akan bermula sekitar jam 3 petang (waktu Malaysia) dan berakhir sekitar jam 6.15 petang.



 

 

 

 

 

 


 



Sumber : http://atehfaisal.blogspot.com/

Read More......

Sekolah kami dinaiki air lagi

Hari ini hujan dari pagi tadi sampai ke petang. Ketika berita ini ditulis, hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Tidak pelik la sekolah kami digenangi air kerana sistem perparitan tidak sempurna. Kesian kelas 4 Setia, kelas Cikgu Let, terpaksa berpindah ke bilik mesyuarat.

Lihat gambar-gambar yang sempat diambil pagi tadi.


laluan ke kelas



kesian murid untuk pergi ke tandas

 
ibubapa bersusah payah untuk menghantar anak mereka ke PRA



lihat air sudah hampir masuk ke kelas PRA

 
kotor, air tandas sudah bercampur dengan air longkang

 
menggunakan titi untuk ke surau dan tandas

 
murid mengambil kesempatan untuk bermain air

 
macam mana nak ambil wuduk ni. dah la air kotor campur dengan tandas

 
lihat kayu-kayu dah timbul dibawa air

 
kesian murid ini, tak ada tempat nak belajar

Inilah keadaan kami yang terpaksa menempuh kesukaran. Namun demikian keadaan ini sudah acapkali disuara oleh pihak pentadbiran kepada pihak yang berwajib. Belum ada tindakan yang dilihat setakat ini. Mudah-mudahan tahun 2010 ini mungkin ada sesuatu yang baru untuk kami. Mana tau..tunggu.


Read More......

Kebakaran di Kidurong

13 Januari, Kidurong Bintulu - Sekurang-kurangnya 8 buah rumah hangus di dalam kebakaran yang melibatkan sederet rumah di LNG Housing Jalan Awang Dulla, sebaris dengan BIC. Kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang semalam mengakibatkan mereka yang ditimpa musibah kehilangan tempat tinggal.

Punca kejadian masih di dalam siasatan. Ada banyak versi cerita, tapi tak perlu untuk didedahkan di sini, takut maklumat salah. Apa pun kami sekeluarga tumpang kasihan dan sedih bila melihat kesusahan dan kesengsaraan yang menimpa mereka, akibat kecuaian setengah pihak sehingga menyusahkan orang lain juga.

Nasihat kami kepada semua penghuni rumah agar lebih berhati-hati dan berwaspada. Rumah yang kita duduk ini sekurang-kurangnya sudah 30 tahun usianya.

Lihat gambar-gambar yang sempat di 'snap' ketika di dalam perjalanan balik dari sekolah.


sempat juga saya snap photo semalam
pandangan dari atas


Ketika saya sampai api baru sahaja dapat dipadamkan


pandangan dari hadapan rumah yang ditimpa musibah 



pihak bomba berusaha memastikan api dapat dipadamkan




pandangan dari tepi, mujur tak ada orang yang cedera

Takziah dari kami sekeluarga, ingatlah semua yang kita ada, adalah empunya ALLAH jua.

Read More......

Cerita cuti di kampung

Posting ini telah lama disimpan di dalam draf. Belum sempat di 'edit' untuk publish. Masalahnya ialah kurang bersemangat untuk posting cerita kerana masalah kelembapan Celcom Broadband. Kadang - kadang hilang mood untuk update blog. Sekarang kat rumah masih menggunakan Stremyx Telekom. Ingat hari tu nak potong, nak guna broadband aja, tapi bila slow sangat, tak jadi nak tukar, bagi orang aja broadband tu, suruh dia bayar bulanannya, kerana masih terikat dengan kontrak.

Ini adalah catatan cerita kami semasa cuti. Baca la.. 

Dah lama blog kami ini tidak dikemaskinikan. Ketika berita ini ditulis, kami sekeluarga sedang menghabiskan cuti persekolahan di Parit Raja, Johor. Sebenarnya di sini baru berlangsung majlis perkahwinan Andak Ierfan yang telah bertemu jodoh dengan pasangannya, orang Muar. Tahniah kepada mereka berdua, semoga Allah memberikan barakah di atas perkahwinan, dan doa kami agar ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sewaktu majlis ini diadakan, sebilangan adik beradik berkumpul, maklumlah adik beradik Ummu Ierfan ramai sangat iaitu 12 orang. Yang tak ada hanya 2 orang sahaja iaitu anak yang ke -3 ( Mohd Kamal & isteri )yang sedang mengerjakan ibadah haji ( dijangka akan balik pada 29 Disember 2009 ), manakala abang seorang lagi ada tugasan di Sandakan. Jadi yang terkumpul hanya 10 orang. ramai tu, campur menantu, cucu-cucu sampai tak terkira berapa ntah bilangannya. Kami hanya balik setahun sekali, jadi masa inilah Ierfan berkenalan dengan pak cik dan makcik serta sepupu sepapat.

Apa pun pengalaman bersama masyarakat Kampung Talang Bunut, Parit Raja dan adik beradik memang pengalaman paling manis buat Ierfan.


sewaktu persiapan untuk menghantar pengantin ke Muar

 
waktu makan kenduri di rumah pengantin perempuan


pasangan istimewa " Pak Andak "


 ni anak buah semua ni, baru sebahagian. ada lg yg tak masuk


Ini cuma sebahagian keluarga Ummu Ierfan

Read More......

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP