Perjalanan balik ke kampung
Minta maaf lambat posting berita balik kampung. Alhamdulillah kami telah selamat sampai di Kampung Sungai Sireh Tanjung Karang Selangor.
Sepanjang perjalanan alhamdulillah, selamat dan selesa walaupun Ierfan tak tidur dalam flight sekitar 2 jam, dia nak main dan berjalan-jalan di dalam flight, sehingga 2 kali diberi peringatan oleh pramugari. Hari tu memang ramai orang disebabkan ramai orang berhajat ke Kuala Lumpur. Tak ada tempat duduk kosong, nasib baik tak berdiri. Rupa-rupanya Airasia dah memperkenalkan tempat duduk yang khusus, tak ada lagi istilah ' free seating'. Maklum la dah lama tak naik Airasia.
Kami sampai awal dari jangkaan waktu yang ditetapkan, barangkali pilot ni bawak laju penerbangan hari tu, mujur tak ada perangkap laju. Selepas kami mengambil barang, kami terus pergi ke kereta adik yang menunggu kami dan kami terus ke Nilai untuk ziarah rumah Ustaz Huzairi Hussin. Dah lama juga tak jumpa Ustaz Huzairi. Selepas kira-kira satu jam di sana kami terus balik menuju ke Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang. Jarak perjalanan kira-kira 2 jam dari rumah Ustaz Huzairi.
Kami telah sampai ke rumah tok nek Ierfan di Kampung Sungai Sireh sekitar jam 6 petang. Kehadiran kami sebenarnya tanpa memberitahu kepada keluarga di kampung. Mereka sangat terkejut...orang jauh datang..saja suprise...
Lagi berita akan ditulis kemudian. Lihat gambar-gambar sepanjang perjalanan.
sewaktu beratur di Airport Bintulu,
Ierfan dengan imej baru, kepala botak
sewaktu ziarah dirumah Ustaz Huzairi di Nilai
Ummu Ierfan bersama dengan Ummu Ammar dan anak-anak
Ustaz Huzairi bersama anak-anak. Beliau sekarang
bercuti untuk menyiapkan PHD di UM
perjalanan dari Kuala Selangor ke Tanjung Karang
jalan dah empat lorong
Menggunakan gear manual, amat kekok...
dah lama tak driving di Semenanjung dengan gear manual
0 comments:
Post a Comment