Alhamdulillah , Ustaz Sardi menerima cahaya mata
anak-anak penyeri hidup berkeluarga
Sewaktu saya di dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari Sabtu ( 24 April 2010 ), handset berbunyi menandakan sms masuk. Dari Ustaz Sardi yang mengatakan isterinya telah masuk wad setelah mengadu sakit subuh tadi. Dalam hati berkata, agak cepat juga kalau bersalin, sebab dijangka awal bulan Mei. Jam 10 pagi sms masuk lagi mengatakan yang isterinya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.50 pagi. Alhamdulillah, dipermudahkan. Tahniah dari Abu Ierfan kepada Ustaz Sardi, jadi abi juga. Welcome to my club ' club abi '.
Sehari selepas kelahiran baru kami dapat menjengguk baby Ustaz Sardi. iaitu pada petang Ahad. Kelihatan ceria pada wajah Ustaz Sardi. Ierfan mengambil kesempatan nak sayang baby. Risau juga, ini bukan anak patung. Dah la anak pertama. Ummu Ierfan sempat berkongsi pengalaman dengan Isteri Ustaz Sardi. Maklumlah keluarga belum sampai lagi. Kawan-kawan inilah keluarga. Ketika kami sampai, keluarga Ustaz Rosman dan Ustaz Lofti dah ada. Turut serta juga Nurul Syarina E'ein. Apa lagi bertambah meriah. Tahniah dari kami sekali lagi. Pesan kami agarv amanah Allah ini dijaga dengan baik. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh.
Lagi gambar di sini :
Kelas satu lagi !. Standard pegawai kerajaan
Ceria Ustaz Sardi bersama isteri
Ierfan nak kawan dengan baby
Bapa-bapa sempat bergambar
0 comments:
Post a Comment