Ceramah keibubapaan bersama Dr. Danial Zainal Abidin
Ustaz Aminuddin membaca doa pembukaan majlis
Cikgu Rafaie sebagai pengacara majlis
Kehadiran para ibu
Kehadiran para bapa-bapa
ceramah Dr Danial Zainal Abidin, berjaya memukau pendengar
Cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak penganjur
sewaktu menghantar yang berbahagia Dr Danial Zainal Abidin
untuk pulang ke Kuala Lumpur. Insyallah ada kesempatan kita berjumpa lagi, nanti Insyallah.
JAKSA dengan kerjasama JAIS Bintulu, Tabung Baitulmal Sarawak, JIM telah berjaya mengadakan siri ceramah motivasi dan kesedaran pada 27 Jun 2010 yang lalu untuk para ibubapa yang bertempat di Dewan Suarah Bintulu . Penceramah jemputan yang diundang adalah seorang penceramah yang terkenal iaitu Dr Danial Zainal Abidin. Kehadiran para ibubapa dan para guru amat memberangsangkan sehingga memenuhi keseluruhan Dewan Suarah.
Pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan dan kerjasama dari semua agensi-agensi yang turut berusaha membantu bagi menjayakan program ini sehingga dapat dilaksanakan dengan baik. Sesungguhnya, pihak penganjur mendoakan agar apa jua sumbangan yang telah diberi ini akan mendapat keredhaan dari Allah.
Program bersama Dr Danial Zainal Abidin yang telah diadakan sepanjang 2 hari bermula 26 – 27 Jun 2010 ini, melibatkan beberapa kelompok sasaran iaitu para pelajar, guru-guru dan ibubapa. Semua yang terlibat sebagai peserta menzahirkan rasa berpuashati terhadap apa yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Dr. Danial Zainal Abidin. Kebanyakan warga Muslim Bintulu mengharapkan akan ada lagi cerdik pandai, ulama’ yang sudi untuk datang ke Bintulu untuk menabur ilmu kepada warga Muslim Bintulu.
Pihak penganjur, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada agensi-agensi yang bersama-sama membantu bagi menjayakan “ Program bersama Dr Danial Zainal Abidin” . Pihak-pihak yang turut serta membantu perjalanan program ini ialah, JAIS Bintulu, Pusat Islam UPMKB, Tabung Baitulmal Sarawak, JIM, BIC, PPI SMK Bandar, BAHARIS, Masjid Assyakirin, Masjid Darul Hidayah dan orang perseorangan yang turut membantu. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu untuk dibalas, hanya Allah sahaja yang mampu membalas dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan usaha kita. Insyallah.
0 comments:
Post a Comment