Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Al-Fatihah untuk Sahabat " Wajdi Majusoh "

Allahyarham Wajdi Majusoh telah kembali ke rahmatullah.

Awal pagi semalam saya menerima sms dari sahabat-sahabat UM yang mengatakan seorang sahabat yang bernama Wajdi Majusoh telah kembali ke rahmatullah di dalam kemalangan ke tempat kerja di Gua Musang. Berita sedih itu saya kongsi dengan forward msg kepada kawan-kawan saya yang hampir.

Semalam tak dapat update berita kerana belum ada kesempatan. Untuk makluman Allahyarham adalah junior saya semasa belajar di UM. Beliau merupakan seorang sahabat yang mesra dan jarang menolak kerja-kerja apabila diamanahkan untuk melaksanakannya.

Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga Allah menempatkan arwah ini di kalangan orang-orang yang soleh. Selamat jalan sahabat.

Dalam pengetahuan saya sudah 2 orang adik beradik saya kampus UM telah kembali ke rahmatullah di dalam usia yang masih muda. Yang pertama Allahyarham Abd Manan Ismail yang terlibat kemalangan sewaktu PR Kampus tahun 1999.

Setiap insan yang bernyawa pasti akan merasai mati, cuma masa dan saat belum di ketahui...bersedia ke arah itu dengan membanyakkan amalan kita. Insya Allah.

Kepada sahabat-sahabat yang mengenali Allahyarham, boleh menyumbang untuk membantu isteri dan anak arwah melalui akaun  
Saudara Azral Izwan Mazlan - Maybank - 166010116500 dan sms / tel  012 - 319 8253

Lagi berita dipetik dari Utusan Malaysia :

Dua guru terkorban dalam nahas

PASIR PUTEH 28 Feb. – Setiap awal pagi Ahad, Ab. Halim Mustapa, 27, yang tinggal di jajahan Bachok akan datang menjemput dua rakannya, Rosdi Ismail dan Wajidi Mayushoh di Kota Bharu dengan menaiki kereta untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Hendrop di Gua Musang.

Bagi tiga orang guru ini, jarak 200 kilometer ke sekolah itu bukanlah satu masalah untuk berulang-alik setiap minggu bagi menunaikan tanggungjawab sejajar dengan kerjaya yang mereka pilih.

Bagaimanapun, pagi ini ketiga-tiga mereka tidak sampai ke sekolah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 80.6, Jalan Kota Bharu- Gua Musang yang menyebabkan Rosdi dan Wajidi maut manakala Ab. Halim mengalami cedera ringan.

Dalam nahas kira-kira pukul 5.10 pagi itu, Rosdi, 32, yang berasal dari Kampung Selising, Pasir Puteh, maut di tempat kejadian manakala Wajidi, 32, dari Tanah Merah, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) kira-kira pukul 8 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani memberitahu, kereta Perodua Kancil yang dipandu Ab. Halim cuba mengelak sekumpulan lembu yang berada di atas jalan.

“Kenderaan itu kemudian dikatakan membrek secara mengejut menyebabkan ia terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas. “Berikutan pertembungan itu, bahagian kiri kereta Kancil itu rosak teruk menyebabkan penumpang yang berada di sebelah kiri kenderaan itu cedera teruk pada bahagian kepala dan badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, balu kepada Allahyarham Rosdi, Cik Nur Ilyana Che Mat, 30, berkata, suami dan dua rakannya itu akan tinggal di kuarters guru pada hari persekolahan dan pulang setiap hujung minggu dengan berkongsi kenderaan.

Suaminya yang memulakan tugas di sekolah berkenaan awal Januari lalu sentiasa berazam untuk membantu pelajar di sekolah itu cemerlang dalam pelajaran kerana menyedari ia bukan suatu tugas yang mudah. “Dia sangat komited terhadap kerjanya. Kemalangan yang tidak terduga itu berlaku dalam perjalanannya bersama-sama rakan guru untuk memulakan tugasnya pada pagi Ahad.

“Suami saya sering berulang-alik dari Ulu Kelantan ke rumah kerana pada masa yang sama amat bertanggungjawab dan menyayangi keluarga. Lebih-lebih lagi anak tunggal kami, Amir Wafiq Tabrani, 4, yang begitu manja dengannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Cik Nur Ilyana yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di pejabat Bernama Kota Bharu berkata, beberapa hari sebelum kejadian, suaminya bersikap pelik apabila sering melarangnya daripada melakukan kerja rumah. “Saya tidak dibenarkan mengemas rumah atau memasak, sebaliknya semua tugas itu dilakukan olehnya. Apa yang saya hairan ialah dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini,” katanya sebak.

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP