Infaq besi dan bumbung untuk pembinaan Surau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, Pakan
Gambar : aktiviti memasukkan bumbung dan besi ke
dalam lori dan terus dibawa ke Sarikei
Alhamdulillah, nampaknya gerakerja pembinaan Surau AMAL Al-Azhar Ulu Kota semakin menampakkan proses pembinaannya. Terbaru pada hari Jumaat ( 19 Mac 2010 ) yang lalu, bumbung dan besi telah dihantar ke Sarikei untuk di bawa ke Ulu Kota.
Untuk makluman, bumbung dan besi ini adalah sumbangan Tuan Haji Sarkawi manakala kos penghantaran ke Sarikei ditanggung dan diuruskan oleh Tuan Haji Omar Shuib. Syukran jazilan di atas penyumbang utama bahan-bahan ini. Sesungguhnya beruntung kepada mereka yang menggunakan kekayaan mereka pada jalan yang sepatutnya.
Bagi pihak Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota dan Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak mengucapkan jazakumullah khu khairan khathira. Semoga lebih banyak-banyak lagi insan-insan seperti mereka ini yang bersedia menyumbang untuk kebaikan. Insya allah.
Firman Alllah :
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. ( Surah al-Baqarah : 261 )
0 comments:
Post a Comment