Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Kursus Pemantapan GPI program j-QAF Kohort 2008 Siri 1 & 2

Tahun ini merupakan tahun yang 3 saya terlibat sebagai jurulatih utama (JU) untuk kurikulum Pendidikan Islam. Saya ingat sudah tidak terlibat lagi, namun  terus diminta untuk membantu JPN Sarawak bagi mengendalikan beberapa kursus untuk Guru j-QAF kohort 2008. Ada beberapa orang guru j-QAF yang telah dilantik oleh JPN Sarawak sebagai JU Negeri. Saya bertugas sebagai JU di Zon Utara iaitu yang merangkumi bahagian Mukah, Sibu, Sarikei, Miri, Bintulu dan Limbang. Oleh kerana Sarawak ni sangat besar terpaksa dibahagikan mengikut zon.

Bermula perjalanan saya pada 19 Okt iaitu selepas sehari mengadakan rumah terbuka di rumah saya. Kalau nak diikutkan, tak nak pergi, bila mana memikirkan rumah pun masih belum dikemaskan. Tambahan pula isteri demam dan masih sakit. Tetapi berat mulut untuk meminta pengecualian, terpaksa juga saya gagahi pergi di dalam keadaan yang tidak sepatutnya saya tinggalkan. Minta maaf Ummu Ierfan, abi terpaksa juga pergi untuk menunaikan amanah dan harapan yang telah diletakkan di bahu abi.

Inilah kali pertama saya meninggalkan keluarga untuk tempoh yang sangat lama iaitu dari 19 - 23 Okt. Lama tu, rindu dengan Ierfan, kesian Ierfan, ummi bagi tahu, waktu petang sahaja Ierfan akan tunggu abi di tepi sliding....mana abi ni? tapi saya dah pesan dengan Ierfan jangan nakal-nakal. jangan susahkan ummi, ummi sakit. Ierfan kan anak soleh...

Saya memandu berseorangan untuk jarak 200 km ke Miri. Mengantuk juga memandu berseorangan ni. jam 1 petang saya tiba di Miri dan terus ke Masjid Attaqwa untuk bersolat Zuhur dan telah mengatur janji dengan rakan-rakan JU yang lain.

Jam 2 saya chek in kat Crossy Inn. Ingatkan dapat duduk hotel, memang saya dah tempah hotel, tapi rakan-rakan JU lain nak duduk sini sahaja, dekat dengan bandar katanya, tak pa la. Jam 2.30 petang kami tiba di bilik mesyuarat PKG Miri untuk berbincang dan mendapatkan maklumat-maklumat terbaru khususnya berkaitan P & P dan sebagainya. Kami juga telah membahagi-bahagikan tugas. Saya kena bertugas di Limbang, terpaksa lintas Negara Brunei jikalau melalui jalan darat.


Saya dan Ustaz Hafiz telah pergi ke Limbang dengan menaiki Mas Wing pada pukul 4 petang dan telah tiba di Limbang pada pukul 5 petang. Kami di sambut oleh JU Limbang iaitu Ustaz Azmi dan Ustaz Faizal. Seterusnya kami dibawa untuk minum petang dan terus chek ni di Purnama Hotel.


Keesokan harinya, bermula tugas kami menyampaikan panduan dan dasar serta P & P j-QAF kepada guru j-QAF yang baru sahaja menghabiskan latihan mereka di IPG Miri. Bilangan peserta tidak ramai seperti sebelum ini, iaitu hanya ada 12 orang sahaja. Saya memulakan slot selepas ucapan daripada penyelia agama PPD Limbang iaitu Ustaz Aziz Abd Rahman.


Pagi Jumaat saya bersama Ustaz Jaafar Belal, Penolong Pengarah j-QAF Negeri pulang awal kerana Ustaz Jaafar ada program selepas solat Jumaat bersama pelatih j-QAF di IPG Miri. Saya pula selepas Solat Jumaat terus pulang ke Bintulu dan sampai ke rumah jam 3 petang. Sampai di rumah anak kesayangan dah sedia menunggu di  tepi pintu. Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Guru j-QAF untuk siri 1 & 2 telah selesai, kini menanti kursus siri 3 di Bintulu pada 29 & 30 Okt 2009. Insyallah saya akan membantu JU dari Miri untuk menjayakan kursus tersebut.



 Di dalam bilik Crossy Inn di Miri


Ustaz Hafiz sedang solat Dhuha & doa agar 
dipermudahkansemua urusan


JU bersama-sama menyiapkan keperluan untuk peserta


daftar peserta di sini


peserta Miri seramai 13 orang sahaja



tiba waktu yang dinanti-nantikan, makan la...


di airport Miri untuk berlepas ke Limbang


jarang-jarang dapat ambil gambar kat sini


Dalam pesawat MAS Wing, saya duduk sorang sahaja


Dah sampai Limbang


pemandangan Bandar Limbang dari pandangan atas


Peserta kursus di Limbang, hanya ada 12 orang sahaja




Ustaz Jaafar Belal dan Ustaz Aziz Abd Rahman



diziarahi oleh sahabat di Limbang, 
Ustaz Jais Anuar Hashim dan Ustaz Azmi

Read More......

Cerita yang patut kita jadikan ikhtibar

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini…

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…
  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…Mudah-mudahan saya mampu menjadi ketua keluarga seperti ini.

Read More......

Macamana keputusan PTK anda?

Semak keputusan anda di sini. SEMAK DISINI 

Keputusan PTK sudah keluar. Tahniah kepada yang telah berjaya. Yang masih belum berjaya teruskan usaha lagi sehingga berjaya. Tahniah untuk Ummu Ierfan kerana telah selesai PTK, tinggal abi satu kertas lagi yang masih dapat 3. Insyallah abi akan cuba lagi.

Read More......

Mahabbah Aidilfitri BIC

Alhamdulillah, walaupun Syawal telah berlalu, namun BIC berjaya juga mengadakan Sambutan Aidilfitri untuk kenalan dan NGO yang banyak membantu BIC di dalam menjalankan gerakerja dakwah. Majlis yang bermula sekitar jam 9.30 pagi telah berjaya menghimpunkan hampir 200 orang yang terdiri daripada aktivis-aktivis dakwah Bintulu, NGO dan masyarakat sekitar Kidurong serta para jamaah Masjid Hidayah dan Assyakirin.

Banyak bantuan dan sumbangan daripada rakan-rakan NGO seperti Lembaga Pelabuhan Bintulu, JKI BPSB, JASA ABF, JKI MLNG, JK Masjid Hidayah, JK Masjid Assyakirin, kakitangan awam, MACMA, ITB, Madrasah al-Quran, UPMKB, JIM dan pelbagai lagi agensi yang tidak dapat disebutkan di sini.

Namun demikian gerakerja yang mantap dan pantas mampu menjadikan kerja yang kemas dan terurus. Program ini dikendalikan bersama dengan kerjasama AMAL Bintulu dan NISA'. Aktiviti program diisi dengan ucapan Tuan Haji Abu Bakar Drahim selaku penasihat BIC dan penyampaian cenderamata dari pihak penganjur kepada tetamu-tetamu jemputan. Program secara rasmi berakhir pada jam 12 tengahari.

Sesungguhnya, apa yang dihajati di dalam penganjuran program ini telah tercapai iaitu " Mantapkan Ukhuwah, Sebarkan Dakwah ". Tahniah kepada pengarah program Ustazah Hasanah Saripuddin ". Insyaallah, tahun depan kita akan anjurkan lagi.


sewaktu persiapan tempat, sehari sebelum program 


Kehadiran para tetamu, memeriahkan lagi majlis


Ucapan wakil BIC, Tuan Haji Abu Bakar


Tetamu vip sedang menikmati jamuan yang disediakan


Pengerak utama program dimonopoli oleh muslimat, tahniah !

Read More......

Takziah untuk keluarga Ustaz Ramadhan Fitri


Gambar Ustaz Ramadhan bersama keluarga
Gambar ihsan dari http://hannanfarhana.blogspot.com/

Sewaktu membentangkan ceramah pagi tadi, hp saya berbunyi menandakan sms masuk. Sms dari seorang Ustaz di Sebauh yang menyatakan cucu Ustaz Ellias telah kembali ke rahmatullah selepas subuh pagi tadi. Beberapa hari yang lepas sms dari beliau juga yang mengatakan cucu Ustaz Ellias iaitu anak Ustaz Ramadhan Fitri telah dimasukkan ke ICU kerana terjatuh, namun pagi tadi sms telah menyatakan telah meninggal dunia.

Takziah dari kami sekeluarga. Bersabarlah di atas musibah ini. Setiap yang hidup pasti akan mati jua suatu hari nanti.

Read More......

Majlis Mahabbah Aidilfitri

Walaupun Syawal telah berlalu, namun BIC tetap melaksanakan  Majlis Mahabbah Aidilfitri untuk bersama-sama dengan  masyarakat Bintulu.

Kepada yang telah menerima undangan diharap dapat segera untuk reply sms kehadiran tuan-tuan untuk memudahkan pihak pengurusan makanan.

Dibawah ini disertakan kad jemputan dan plan untuk sampai ke tempat program.



Read More......

Tazkirah Jumaat : 4 Lelaki ke neraka disebabkan wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka.....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat.

Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah SWT; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Read More......

Video : Muamalah dalam Islam


u. zaharuddin tanyalah ustaz siri 1 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.



u.zaharuddin tanyalah ustasz siri 1 (3/4) from zaharuddin on Vimeo.

Read More......

Selamat menduduki PMR 2009



Kepada semua anak-anak murid yang akan menduduki PMR 2009 terutama di SMK Asyakirin khususnya dan di seluruh negara amnya, pihak kami mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR. Moga-moga akan beroleh najah yang cemerlang untuk Islam. Insyaallah.

Pihak kami sentiasa mendoakan agar kalian dapat menjawab dengan sempurna, ingat pesanan " Jawab soalan yang ditanya, bukan jawab apa yang anda tahu ".Buat yang terbaik. Semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusan kita dengan sebab niat kita belajar untuk Islam.

Read More......

Kesan pengajaran j-QAF

PELAKSANAAN program j-QAF mensasarkan murid mampu menguasai tulisan dan bacaan jawi, khatam al-Quran, menguasai asas bahasa Arab, memantap dan menghayati amalan fardu ain.

Makin ramai murid mampu kuasai jawi, baca al-Quran dan asas bahasa Arab. Pelaksanaan program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah rendah sejak 2005 menjadi iltizam kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan sistem pendidikan Islam sesuai dengan keperluan hari ini.

Dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, program itu membuktikan kesungguhan kerajaan melahirkan modal insan serba boleh dan mahir dalam empat perkara asas dalam pendidikan Islam iaitu membaca al-Quran, tulisan jawi, bahasa Arab dan fardu ain.

Mengguna pakai empat model pengajaran dan satu model kokurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF mensasarkan murid mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi, khatam al-Quran, menguasai asas bahasa Arab dan memantap dan menghayati amalan fardu ain.

Pelaksanaan program j-QAF sudah menampakkan kejayaan ketara apabila semakin ramai murid mahir menulis dalam jawi menerusi konsep pengajaran pemulihan jawi lebih menarik menggunakan kaedah inovasi pembelajaran seperti permainan, lagu dan multimedia.

Harapan Kementerian Pelajaran agar tiada lagi masalah buta jawi kalangan murid sekolah diyakini mampu dicapai dengan pelaksanaan dan kerjasama yang baik semua pihak.
Begitu juga perkembangan bacaan al-Quran menerusi Model Enam Bulan Khatam al-Quran yang menekankan kaedah pengajaran Iqra dan instrumen latih tubi tasmik.

Sesi tasmik memberi peluang kepada guru melakukan pemantauan terhadap perkembangan murid dalam bacaan al-Quran menerusi sesi penilaian yang direkodkan sekali gus berjaya membantu murid mempelajari al-Quran dengan lebih bersistematik.

Selain itu, penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan murid pula semakin menyerlah apabila mereka berupaya menyebut pelbagai perkataan dalam bahasa Arab, berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mengikuti program j-QAF sebelum ini.

Jelas pengisian Model Penguasaan Bahasa Arab dalam program j-QAF berjaya memupuk minat serta kesungguhan murid mendalami ilmu bahasa Arab, selain diharap mampu mengamalkannya dalam komunikasi seharian, kelak. Usaha memperkasa pengajaran fardu ain melalui program j-QAF juga nyata memberikan impak amat baik terhadap soal ibadah dalam kalangan kanak-kanak.

Pengajaran amali solat misalnya yang diselang-selikan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat yang dilaksanakan empat kali setahun banyak membantu murid mendalami amali solat.

Hasilnya, pencapaian cemerlang berjaya ditonjolkan murid dalam amali solat dengan lebih sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan dalam solat.

Kementerian Pelajaran ternyata menaruh harapan besar agar pelaksanaan program j-QAF mampu berfungsi sebagai tonggak memperkasakan pendidikan Islam untuk membina jati diri insan mukmin di samping merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara.

Namun, di sebalik kejayaan itu, tidak dinafikan terdapat beberapa permasalahan dalam pelaksanaan program j-QAF dan jika tidak dilakukan penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan, ia boleh menjejas kelancaran pelaksanaan program berkenaan.

Sama ada kalangan ibu bapa mahupun guru j-QAF sendiri, masalah itu dikhuatiri memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF yang kini sudah memasuki tahun kelima pelaksanaannya.

Seorang guru j-QAF di salah sebuah sekolah rendah di Subang Jaya mengakui sesetengah ibu bapa enggan memberi kerjasama bagi memastikan penyertaan dan komitmen penuh anak mereka dalam aktiviti j-QAF terutama membabitkan sesi P&P model tasmik yang dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan.

“Ramai ibu bapa tampil dan mengadu pelbagai masalah timbul sekiranya sesi itu dijalankan selepas waktu persekolahan. Ada yang bimbangkan keselamatan anak selain mengadu sukar mendapat pengangkutan untuk pulang,” katanya.

Justeru katanya, kerjasama semua pihak, khususnya ibu bapa penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program j-QAF.

Katanya, kerjasama itu dituntut bagi memastikan program j-QAF mampu berfungsi sebagai tunggak dalam memperkasakan pendidikan Islam di sekolah.

Guru Pendidikan Islam di sekolah sama pula mendedahkan ada kalanya wujud ketidaksefahaman antara penyelia dengan guru j-QAF berikutan sikap negatif segelintir guru j-QAF ketika mengikuti latihan di sekolah.

“Saya tidak labelkan semua guru j-QAF bersikap sedemikian, namun ada segelintir daripada mereka enggan menerima teguran, malah tidak menghormati penyelia yang bertanggungjawab membimbing dan melatih mereka. Malah, ada yang membelakangkan penyelia dalam membuat keputusan berkaitan aktiviti j-QAF ,” katanya yang berpengalaman menyelia guru j-QAF sebelum ini.

Mengakui permasalahan itu mungkin dianggap remeh dan kes terpencil, beliau bagaimanapun mencadangkan agar latihan kepada guru j-QAF dilaksanakan di institusi pendidikan guru, sebelum mereka memulakan tugas sebagai pendidik di sekolah.

Read More......

Upah gunting rambut Sultan Brunei RM86,497

LONDON - Pemerintah Brunei , Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei , lapor akhbar Sunday Times kelmarin.

Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.

Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.

Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London .
Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London .

George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana . Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).

"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei ."
Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).

Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai. - Agensi

Read More......

Cerita lawak

Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2


Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua.. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3


Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ............ .


Citer 4


3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5


Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew... Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk.. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road.. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6


Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7



Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8


Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


Citer 10


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Citer 11


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Citer 12


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Read More......

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP