Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang “tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia”.

Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikamatan sementara yang wujud di atas dunia ini.

Saya suka berkongsi dua video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.

Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.


Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.

Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta’ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.


Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya. Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta’ala :

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر

Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)

Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:

ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت

Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Read More......

Alhamdulillah , Ustaz Sardi menerima cahaya mata

 anak-anak penyeri hidup berkeluarga

Sewaktu saya di dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari Sabtu ( 24 April 2010 ), handset berbunyi menandakan sms masuk. Dari Ustaz Sardi yang mengatakan isterinya telah masuk wad setelah mengadu sakit subuh tadi. Dalam hati berkata, agak cepat juga kalau bersalin, sebab dijangka awal bulan Mei. Jam 10 pagi sms masuk lagi mengatakan yang isterinya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.50 pagi. Alhamdulillah, dipermudahkan. Tahniah dari Abu Ierfan kepada Ustaz Sardi, jadi abi juga. Welcome to my club ' club abi '. 

Sehari selepas kelahiran baru kami dapat menjengguk baby Ustaz Sardi. iaitu  pada petang Ahad. Kelihatan  ceria pada wajah Ustaz Sardi. Ierfan mengambil kesempatan nak sayang baby. Risau juga, ini bukan anak patung. Dah la anak pertama. Ummu Ierfan sempat berkongsi pengalaman dengan Isteri Ustaz Sardi. Maklumlah keluarga belum sampai lagi. Kawan-kawan inilah keluarga. Ketika kami sampai, keluarga Ustaz Rosman dan Ustaz Lofti dah ada. Turut serta juga Nurul Syarina E'ein. Apa lagi bertambah meriah. Tahniah dari kami sekali lagi. Pesan kami agarv amanah Allah ini dijaga dengan baik. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh. 

Lagi gambar di sini : 

Kelas satu lagi !. Standard pegawai kerajaan

 Ceria Ustaz Sardi bersama isteri

 Ierfan nak kawan dengan baby

 Bapa-bapa sempat bergambar

Read More......

Seminar Ekonomi Islam


Buat julung-julung kali, Biro Ekanomi Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Lajnah Ekonomi BIC, JAIS Bintulu dan Pusat Islam UPMKB berganding tenaga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa penting berurus niaga secara Islam. Sebagai seorang islam kita mesti mengetahui perkara-perkara yang halal dan haram di dalam urusan muamalat. Ramai dikalangan masyarakat kita pada hari ini masih jahil atau tidak mahu ambil tahu tentang muamalat ataupun urusniaga di dalam Islam.  

Mengambil kira di atas permasalahan tersebut Yayasan Amal Malaysia mengambil tanggungjawab dengan menjemput orang yang berautoriti di dalam menyampaikan pengisian tersebut. Moga-moga ilmu yang akan disampaikam ini amat bermanfaat untuk semua masyarakat Islam. Tahniah kepada pihak penganjur di atas inisiatif menganjurkan program tersebut.

Read More......

Kenangan QTC 2010 di Villa Mardiah, Bintulu





Read More......

Qiyadah Training Course ( QTC 2010 ) dalam kenangan

 QTC 2010 : Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang
Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik telah berjaya menganjurkan Qiyadah Training Course  ( QTC 2010 ) pada 16 – 18 April 2010 bertempat di Mardiah Resort, Jalan Bintulu – Sibu. Program yang disertai seramai 80 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan yang melibatkan 8 buah sekolah menengah di sekitar Bintulu.

Selama 2 hari 3 malam para peserta berkampung di sana dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk memastikan tujuan dan program tercapai dari sudut matlamat dan objektif. Seramai 10 orang fasilitator yang dijemput khas dari Bintulu Iqra’ Center telah mengendalikan program dengan baik dan berkesan. Pihak penganjur mengucapkan jazakumullah khu khairan khathira kepada barisan fasilitator BIC yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program QTC 2010 mencapai objektif kepada sasaran.

Majlis penutupan QTC 2010 telah disempurnakan oleh barisan penasihat JAKSA yang diketuai oleh En Abdul Muin Bin Abdul Kassim dan turut serta bersama beliau ialah Tuan Haji Kadir Jaya dan Ustaz Khalifah Bin Juli. Pada masa yang sama Program Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang ( RIBAT ) telah dilancarkan secara rasmi oleh Penolong Pegawai Pelajaran Bintulu, En Abd Muin Bin Abdul Kassim yang juga merangkap penasihat JAKSA. Dengan pelancaran RIBAT ini, maka program-program susulan akan diadakan di semua sekolah menengah mengikut budi bicara wakil JAKSA di setiap sekolah yang juga bertindak sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam.

Rata-rata para peserta amat berpuas hati terhadap aktiviti dan program yang dijalankan dan mereka berjanji akan meningkatkan bakat kepimpinan yang ada pada mereka dan yang paling penting mereka mesti menjadi anak yang soleh yang mentaati ibubapa dan menghormati guru kerana dua syarat berikut merupakan syarat utama untuk menempa kejayaan di dalam hidup.

Pengarah program QTC 2010, En Nik Mohd Lizam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua fasilitator , urusetia dan guru-guru pengiring yang banyak membantu di dalam kelancaran program ini. Kepada para peserta didoakan agar mereka tetap istiqamah di dalam membentuk diri agar mereka menjadi pimpinan yang berjaya dan perlu mengaplikasikan apa yang mereka dapat sepanjang program di dalam amalan kehidupan sehari-harian. Insya Allah jika ada kesempatan pada tahun hadapan, kita akan bertemu lagi di dalam QTC 2011.

“ REMAJA ISLAM BINTULU ANAK TERBILANG “

Read More......

Alangkah gembira Ierfan dapat basikal baru

 Gembira dapat basikal

Mencari masa lapang memang sukar, apatah lagi bila masuk April dan Mei ini. Namun demikian digagahi juga untuk memenuhi kehendak anak agar ada sesuatu yang baru untuknya. Setelah difikirkan, kami belikan untuk Ierfan basikal. Tengok la gaya-gaya Ierfan bila dapat basikal. Teringat sewaktu kecil, apabila orang memberi sesuatu dengan kita, alangkah bahagianya, sehinggakan kalau nak tidur pun kalau dapat nak dibawa bersama. Terlampau cepat masa berlalu. Kini anak ku pula mengambil tempatku. kalau nak tengok saya semasa kecil, tengok Ierfan. Banyak persamaan yang ada pada Ierfan yang pernah ada pada saya suatu ketika. Allah maha kaya.

Ierfan satu-satunya anak ku kini. Jadi banyak benda yang Ierfan dah dapat. Tengok sahaja koleksi permainannya. Tak pa anak, gunakan masa kecil ini untuk bermain. Tapi ingat bermain untuk belajar bukan belajar main-main. Ku harapkan agar anak ku nanti mejadi mujahid, penegak agama Allah. Jadilah dikau anak soleh wahai Anak ku...IERFAN

Bergaya dengan basikal baru, bagi Abang Arif jelous

 macam mana abi boleh beli topi sekali tak?

Antara  koleksi kereta dan basikal Ierfan

Read More......

Lagu tema " QTC 2010 "

Mendengar lagu ini tatkala dilaungkan oleh peserta QTC 2010 amat membangkitkan semangat untuk terus berjuang menegakkan agama Allah. Semoga Allah merahmati para pejuang yang Ikhlas berjuang menegakkan agama Allah tanpa mengira balasan dunia. Tetap ISTIQAMAH untuk membangunkan Islam.

Read More......

Jawatan kosong

Makluman kepada semua penziarah budiman, kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan boleh download iklan ini. Semoga ada manfaat kepada semua. Sekadar menyampaikan sahaja. Iklan Jawatan Kosong

Read More......

Matematik dalam al-Quran

Dr Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain, iaitu jumlah kata-kata untuk laki-laki dan perempuan equal.Although ini masuk akal secara matematik, fakta mengejutkan adalah bahawa jumlah kali kata orang muncul dalam Quran adalah 24 dan berapa kali muncul kata wanita juga 24, oleh kerana itu tidak hanya ini ungkapan yang benar dalam pengertian gramatikal tetapi juga benar secara matematik: 24 = 24.

Setelah analisis lebih lanjut berbagai ayat, ia menemukan bahawa ini adalah konsisten sepanjang turun Quran, di mana ia mengatakan satu hal seperti yang lain. Lihat di bawah untuk mendapatkan hasil menakjubkan: –
Jumlah perkataan di dalam Al-Quran:
Dunia 115 . Akhirat 115
Malaikat 88 . Syaitan 88
Hidup 145 . Mati 145
Manfaat 50 . Korup 50
Manusia 50 .Rasul 50
Iblis 11 . Carilah perlindungan dari Iblis 11
Musibah 75 . Terima kasih 75
Sedekah 73 . Kepuasan 73
Orang yang disesatkan 17 . Orang Mati 17
Muslimin 41 . Jihad 41
Emas 8 . Kehidupan senang 8
Magik 60 . Fitnah 60
Zakat 32 .Barakah 32
Fikiran 49 . Cahaya 49
Tongue 25 . Sermon 25
Berani 8 . Takut 8
Public speaking 18 . Publicising 18
Hidup susah 114 . Bersabar 114
Lelaki 24 . Perempuan 24

Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul: – Solat 5; 12 Bulan; Hari 365;
Laut 32, Tanah 13; Laut + tanah = 32 13 = 45% Laut = 32/45 * 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 * 100 = 28,88888889 = 100.00
Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah ini suatu kebetulan?
Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini?
Allah, Yang Maha Kuasa Semua mengajarnya ini. Sebagaimana Quran mengatakan kepada kita

Wallahualam,

post asal: www.isuhangat.net

Read More......

Senandung Al-Fatihah


DENGAN MENYEBUT NAMA-MU YA ALLAH, YANG MAHA PENGASIH PENYAYANG.

SEGALA PUJI BAGI-MU YA ALLAH, PEMELIHARA SELURUH ALAM RAYA.

ENGKAULAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN.

HANYALAH KEPADA-MU KAMI MENYEMBAH DAN PADA-MU KAMI MOHON PERTOLONGAN.

TUNJUKKANLAH KAMI KE JALAN YANG LURUS.

JALAN ORANG-ORANG YANG KAU BERI NIKMAT, BUKAN JALAN MEREKA YANG KAU MURKAI DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG SESAT.

Read More......

Permohonan Master di Universiti Putra Malaysia

Alhamdulillah pagi ini berkesempatan untuk mendengar taklimat Ijazah Kedua ( master ) di Universiti Putra Malaysia. Ada 6 orang bersama saya pada ketika itu. Sedikit info untuk dikongsi bersama :

1- Master Pentadbiran Pendidikan : Kelas diadakan di Sibu
2- Kaedah pengajian : Kelas sepenuh masa diikuti dengan ujian, tidak ada tesis
3- Tempoh pengajian selama 4 semester maksimum
4- Perlu selesaikan 36 jam kredit.
5- Kos pengajian sebanyak RM 14,500
6- Semester 1 bermula Jun - Oktober, manakala semester 2 bermula Disember - April 
7- Tarikh tutup online pada 14 April 2010
8- Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari website : http://www.ppl.upm.edu.my

Saya mengajak kepada rakan-rakan untuk mengambil peluang dan kemudahan yang ada ini untuk meningkatkan ilmu. Mudah-mudahan segala urusan saya ini akan dipermudahkan dan diredhai oleh Allah.

Read More......

Penyerahan sumbangan untuk pembinaan Surau Ulu Kota, Pakan

Penyerahan sumbangan daripada Tuan Haji Yaacop kepada 
Ustaz Abd Halim, Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak

1 April, Bintulu – Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita dengan kerjasama Persatuan Warga Hidayah dan Bintulu Iqra’ Center telah mengadakan majlis penyerahan cek sumbangan untuk Tabung Pembinaan Surau Ulu Kota, Pakan. Program tersebut dimulai dengan sesi penerangan dan makluman berkenaan perkembangan pembinaan Surau Ulu Kota yang disampaikan oleh pengerusi JK Pembelaan Saudara Kita iaitu Ustaz Ibrahim. Seterusnya program tersebut diteruskan lagi dengan tayangan montaj mengenai kronologi pembinaan Surau Ulu Kota serta kehidupan masyarakat di sana. Acara kemuncak program tersebut ialah penyerahan sumbangan oleh jawatankuasa yang diserahkan oleh Tuan Haji Yaacop Bin Juned Timbalan Pengerusi Masjid Darul Hidayah kepada Ustaz Abd Halim Abd Kadir selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Sarawak. 
 
Pihak jawatankuasa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang yang telah sudi menyumbang untuk membantu projek pembinaan Surau Ulu Kota. Pihak jawatankuasa juga ingin memaklumkan kepada orang ramai jumlah kutipan yang berjaya disumbangkan oleh orang ramai ialah sebanyak RM 53, 036.71. Dengan itu jawatankuasa ini memutuskan untuk menutup akuan ini kerana telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sekali lagi saya mewakili Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota mengucapkan ‘ jazakumullah khu khairan khathira ’ atas sumbangan dan keprihatinan masyarakat Islam kepada saudara kita di Ulu Kota, Pakan Sarikei.

sebahagian jamaah Masjid Darul Hidayah 

Firman Alllah : 
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.  ( Surah al-Baqarah : 261 )

Read More......

Akaun JK Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota telah ditutup

 Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan

31 Mac 2010, akuan JK Pembelaan Saudara Kita telah ditutup

Pertamanya marilah kita mengucapkan kesyukuran pada Allah di atas kurniaan nikmat Iman dan Islam sehingga mampu menjadikan kita penegak dan pejuang-pejuang Islam.

Setelah lebih kurang 1 tahun pencarian dana pembinaan Surau Ulu Kota, Alhamdulillah pada tahun ini dengan berkat dan rahmat dari Allah, maka kita telah dapat mengumpulkan dana sebagaimana yang kita harapkan. Pada ketika catatan ini dibuat, kerja-kerja pembelian dan mengangkut barang ke Ulu Kota sedang giat dilakukan oleh kontraktor-kontraktor yang telah dilantik.

Untuk makluman, jumlah kutipan yang berjaya dikumpul dari Bahagian Bintulu ialah sebanyak RM 53, 036. 71 ( lima puluh ribu, tiga puluh enam ringgit dan tujuh puluh satu sen sahaja ). Manakala dari pihak Miri telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 12 ribu.Alhamdulillah, bermula bulan Februari yang lalu, kerja-kerja semakin rancak dilaksanakan kerana projek penyiapan bangunan surau ini tertangguh beberapa bulan. Seramai 30 orang sukarelawan AMAL Sarawak telah turun ke Ulu Kota untuk meratakan tanah sebagai tapak pembinaan Surau Ulu Kota. Selepas itu pada bulan Mac yang lepas sekali lagi wakil AMAL Sarawak turun padang bersama JAIS dan juru ukur tanah untuk menentukan arah Kiblat yang betul.

Pihak JK AMAL Sarawak telah memutuskan peruntukan kewangan untuk pembelian barang-barang pembinaan, pengangkutan, upah pembinaan adalah mencukupi dengan jumlah kewangan yang ada. Insyaallah jika tidak ada apa masalah, Bulan Jun adalah tarikh jangkaan siap pembinaan sepenuhnya.

Oleh yang demikian, pihak JK Pembelaan Saudara Kita telah bersetuju sebulat suara supaya akaun ini di tutup kerana dirasakan sudah mencukupi untuk keperluan pembinaan surau tersebut. Bagi pihak JK Pembelaan Saudara Kita ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas keperihatinan penderma yang sudi menyumbang untuk menjayakan projek ini.

Ingatlah firman Allah “ Jika kamu menolong Agama Allah, Allah akan menolong kamu “. Mudah-mudahan berkat kita membantu saudara kita di sana kehidupan masyarakat Bintulu akan bertambah makmur, berkat dan sejahtera di bawah naungan ilahi. Insya Allah.

Read More......

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP