Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Kursus Pemantapan GPI program j-QAF Kohort 2008 Siri 1 & 2

Tahun ini merupakan tahun yang 3 saya terlibat sebagai jurulatih utama (JU) untuk kurikulum Pendidikan Islam. Saya ingat sudah tidak terlibat lagi, namun  terus diminta untuk membantu JPN Sarawak bagi mengendalikan beberapa kursus untuk Guru j-QAF kohort 2008. Ada beberapa orang guru j-QAF yang telah dilantik oleh JPN Sarawak sebagai JU Negeri. Saya bertugas sebagai JU di Zon Utara iaitu yang merangkumi bahagian Mukah, Sibu, Sarikei, Miri, Bintulu dan Limbang. Oleh kerana Sarawak ni sangat besar terpaksa dibahagikan mengikut zon.

Bermula perjalanan saya pada 19 Okt iaitu selepas sehari mengadakan rumah terbuka di rumah saya. Kalau nak diikutkan, tak nak pergi, bila mana memikirkan rumah pun masih belum dikemaskan. Tambahan pula isteri demam dan masih sakit. Tetapi berat mulut untuk meminta pengecualian, terpaksa juga saya gagahi pergi di dalam keadaan yang tidak sepatutnya saya tinggalkan. Minta maaf Ummu Ierfan, abi terpaksa juga pergi untuk menunaikan amanah dan harapan yang telah diletakkan di bahu abi.

Inilah kali pertama saya meninggalkan keluarga untuk tempoh yang sangat lama iaitu dari 19 - 23 Okt. Lama tu, rindu dengan Ierfan, kesian Ierfan, ummi bagi tahu, waktu petang sahaja Ierfan akan tunggu abi di tepi sliding....mana abi ni? tapi saya dah pesan dengan Ierfan jangan nakal-nakal. jangan susahkan ummi, ummi sakit. Ierfan kan anak soleh...

Saya memandu berseorangan untuk jarak 200 km ke Miri. Mengantuk juga memandu berseorangan ni. jam 1 petang saya tiba di Miri dan terus ke Masjid Attaqwa untuk bersolat Zuhur dan telah mengatur janji dengan rakan-rakan JU yang lain.

Jam 2 saya chek in kat Crossy Inn. Ingatkan dapat duduk hotel, memang saya dah tempah hotel, tapi rakan-rakan JU lain nak duduk sini sahaja, dekat dengan bandar katanya, tak pa la. Jam 2.30 petang kami tiba di bilik mesyuarat PKG Miri untuk berbincang dan mendapatkan maklumat-maklumat terbaru khususnya berkaitan P & P dan sebagainya. Kami juga telah membahagi-bahagikan tugas. Saya kena bertugas di Limbang, terpaksa lintas Negara Brunei jikalau melalui jalan darat.


Saya dan Ustaz Hafiz telah pergi ke Limbang dengan menaiki Mas Wing pada pukul 4 petang dan telah tiba di Limbang pada pukul 5 petang. Kami di sambut oleh JU Limbang iaitu Ustaz Azmi dan Ustaz Faizal. Seterusnya kami dibawa untuk minum petang dan terus chek ni di Purnama Hotel.


Keesokan harinya, bermula tugas kami menyampaikan panduan dan dasar serta P & P j-QAF kepada guru j-QAF yang baru sahaja menghabiskan latihan mereka di IPG Miri. Bilangan peserta tidak ramai seperti sebelum ini, iaitu hanya ada 12 orang sahaja. Saya memulakan slot selepas ucapan daripada penyelia agama PPD Limbang iaitu Ustaz Aziz Abd Rahman.


Pagi Jumaat saya bersama Ustaz Jaafar Belal, Penolong Pengarah j-QAF Negeri pulang awal kerana Ustaz Jaafar ada program selepas solat Jumaat bersama pelatih j-QAF di IPG Miri. Saya pula selepas Solat Jumaat terus pulang ke Bintulu dan sampai ke rumah jam 3 petang. Sampai di rumah anak kesayangan dah sedia menunggu di  tepi pintu. Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Guru j-QAF untuk siri 1 & 2 telah selesai, kini menanti kursus siri 3 di Bintulu pada 29 & 30 Okt 2009. Insyallah saya akan membantu JU dari Miri untuk menjayakan kursus tersebut.



 Di dalam bilik Crossy Inn di Miri


Ustaz Hafiz sedang solat Dhuha & doa agar 
dipermudahkansemua urusan


JU bersama-sama menyiapkan keperluan untuk peserta


daftar peserta di sini


peserta Miri seramai 13 orang sahaja



tiba waktu yang dinanti-nantikan, makan la...


di airport Miri untuk berlepas ke Limbang


jarang-jarang dapat ambil gambar kat sini


Dalam pesawat MAS Wing, saya duduk sorang sahaja


Dah sampai Limbang


pemandangan Bandar Limbang dari pandangan atas


Peserta kursus di Limbang, hanya ada 12 orang sahaja




Ustaz Jaafar Belal dan Ustaz Aziz Abd Rahman



diziarahi oleh sahabat di Limbang, 
Ustaz Jais Anuar Hashim dan Ustaz Azmi

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP