Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Fakir Miskin, Saudara Baru dan Ibu Tunggal

                                                      Sebahagian penerima sumbangan 
 
                                                       Penerima menerima sumbangan 
 
                                            Kerjasama dengan MDH, BIC,YAM, JKI MLNG, JAKSA PPD


Bintulu - Bintulu Iqra' Center dan Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama JAKSA PPD, JKI MLNG, Yayasan Amal Malaysia telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan anak-anak yatim, Miskin dan Mualaf beserta dengan Majlis Iftor Jamaie. Penerima sumbangan melibatkan seramai 255 orang anak-anak yang terdiri daripada sekolah rendah, menengah dan IPT. Manakala 8 keluarga yang menerima sumbangan adalah terdiri daripada keluarga mualaf dan fakir miskin serta ibu tunggal. Program tersebut telah diadakan di Masjid Hidayah, Kidurong dengan dihadiri oleh guru-guru, Masyarakat Islam Kidurong.

Pihak Jawatankuasa penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan dan keprihatinan para dermawan sehingga kutipan yang berjaya dikumpul berjumlah RM 29,345.00.  Satu jumlah yang cukup besar yang telah disumbangkan oleh orang ramai, Pihak BIC, JAKSA dan JKI MLNG. Pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, mudah-mudahan Allah akan menerima segala usaha kebaikan yang telah kita lakukan dengan sebab meringankan beban dan mengembirakan mereka ketika menjelang Aidilfiri yang bakal menjelang tiba. Moga-moga Allah akan membalas kebaikan dengan pahala yang setimpal dengannya, Insyallah.

Read More......

JAKSA Anugerahkan Pelajar Terbaik Bintulu

      Pelajar Mithali Bintulu 2011,
Dari kiri, Nurul Athirah, Nurul Akmal, Nur Izzudin dan Nur Hazmi
 Hadiah RM100, Sijil Pengiktirafan, Buku-buku Ilmiah dan Plak kenang-kenangan

Sempena sambutan Maulidurrasul 1432H peringkat Bahagian Bintulu, JAKSA telah memperkenalkan Anugerah Tokoh Pelajar Islam Mithali Bintulu 1432H . Pihak Jawatankuasa pemilihan telah bersetuju untuk memilih 2 kategori yang terdiri daripada 2 orang di sekolah rendah dan 2 orang di peringkat sekolah menengah.

Penilaian dan pemilihan ini dibuat berdasarkan kecemerlangan pencapaian akademik, ketokohan di dalam kepimpinan, keaktifan di dalam kegiatan ko-kurikulum dan anugerah yang pernah diperolehi samada di peringkat sekolah, bahagian, negeri ataupun antarabangsa. Penilaian dan pemilihan tokoh pelajar ini diketuai oleh Ustaz Ubaidillah Abdul Hamid dan dibantu oleh Ketua Panitia Sekolah Rendah dan Menengah dan MT JAKSA.

Hadiah berupa wang tunai RM 100, Sijil Pengiktirafan, buku2 ilmiah, dan plak tanda kenang-kenangan telah disumbangkan daripada pihak JAKSA sendiri. Bagi pihak JAKSA, kami mengucapkan tahniah di atas pengiktifaran ini, semoga para penerima anugerah ini akan lebih tekun dan bersungguh-sungguh di dalam pelajaran sehingga beroleh kejayaan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi pelajar-pelajar yang lain, di harap ianya menjadi sumber inspirasi ke arah memberbaiki diri dan berusaha untuk memperolehi kecemerlangan pada masa hadapan.
  
Dibawah ini dicatat kecemerlangan Tokoh Pelajar Mithali Bintulu 2011 M / 1432 H.

Kategori Lelaki Peringkat Sekolah Rendah : NUR IZZUDDIN BIN HJ OMAR

Biodata:

Tarikh Lahir                :           27 Januari 1998
Tempat Lahir              :           Sibu
Adik beradik               :           5 orang, anak bongsu daripada 5 orang adik beradik

Nama Ayah                 :           Hj. Omar bin Hj Salleh
Pekerjaan                    :           Pengurus Kanan  Pengurusan Kargo Bintulu Port Sdn.Bhd

Nama Ibu                    :           Hjh Sa’adiah Hj Kiprawi
Pekerjaan Ibu              :           Guru

Sewaktu bersekolah di SK Agama Bintulu, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar, aktif dan mempunyai tokoh kepimpinan. Dalam peperiksaan UPSR 2010 NUR IZZUDDIN BIN HJ OMAR berjaya mendapat keputusan UPSR 6 A, termasuk Bahasa Arab yang mencacat keputusan 97%.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum. Antara kejayaannya di dalam ko-kurikulum ialah :
  • Johan Kompang dan Selawat Majlis Tilawah AlQuran peringkat Bahagian Bintulu 2009
  • Wakil Bintulu Konvensyen Doktor Muda peringkat Negeri di Betong 2010 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
  • Menyertai Majlis Khatam Al Quran Peringkat kelas KAFA, sekolah dan peringkat negeri di Bintulu 2007 dan 2010
  • Menyertai National Robotics Competitions sebagai peserta Kategori Robot Recycling bahagian Bintulu anjuran bersa ma Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Sains Negara (MOSTI) dan Sasbadi 2008
  • Menyertai Seminar Peperiksaan UPSR anjuran Tabung haji dan Berita harian Sdn Bhd 2010
  • Menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Zon Kidurong  2010 - Johan
  • Menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Bahagian Bintulu 2010 – Naib Johan
  • Menyertai Kem Sains Bintulu SK Agama anjuran bersama Shell Malaysia Bhd
  • Menyertai Perkhemahan Rimup di SJHK Sebiew Chinnese 2010
  • Menyertai Kem Ibadah dan Sahsiah ( KIDS 2010 )
Daripada aspek kepimpinan pula, beliau merupakan :
  • Ketua kelas 2006
  • Ketua kelas KAFA 2009
  • Pengawas 2009  -  2010
  • Pengerusi Kelab Badminton 2010
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Pengakap 2010
  • Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah 2010
Kecemerlangan beliau ini diiktiraf oleh pihak sekolah dengan menganugerahkan
  • Tokoh Ko-Kurikulum 2011
  • Pengawas yang berdedikasi

Kategori Perempuan Peringkat Sekolah Rendah : NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMMAD ROSLI

Biodata:

Tarikh Lahir                :           29 Nov 1998
Tempat Lahir               :           Bintulu
Adik beradik               :           anak ke 2 daripada 6 orang adik beradik

Nama Ayah                 :           Mohammad Rosli Bin Ahmad
Pekerjaan                    :           Guru Penolong Kanan, SMK Bandar

Nama Ibu                    :           Norehan Binti Selamat
Pekerjaan Ibu              :           Guru

Semasa bersekolah di SK Kidurong 2, NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMMAD ROSLI  ini telah menunjukkan kecemerlangannya dalam pelbagai bidang. Dalam bidang akademik beliau telah berjaya mencatat keputusan 5A  di dalam peperiksaan UPSR 2010. Kecemerlangan pelajar ini tidak hanya dalam bidang akademik sahaja bahkan di peringkat ko-kurikulum juga. Sekarang ini beliau bersekolah di SMK Bandar Bintulu dan akan menyambung pelajaran di SBP Integrasi di Melaka.

Dalam aktiviti ko-kurikulum, beliau ternyata sangat cemerlang dengan penglibatan dalam : 
Sekolah:
1.     Khatam Al-Quran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2008 (Peserta)
2.     Pertandingan Bercerita Panitia Bahasa Melayu, 2009 (Ketiga)
3.     Pertandingan Sinaran Mentor Mentee Panitia Bahasa Melayu, 2009 (Saguhati)

Bahagian:
1.      Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Bahagian Bintulu, 2007 (Kedua)
2.      Kejohanan Taekwando Antara Sekolah-sekolah Peringkat bahagian Bintulu (1 Gangsa)
3.      Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Bintulu, 2008 (Peserta)
4.      1st Park City Mall-PTGS Bintulu Taekwando (Poomsae) Championship 2009 (1 emas, 1 perak)
5.      Pertandingan Koir Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Bintulu, 2009 (Johan)
6.      2nd  Park City Mall-PTGS Bintulu Taekwando (Poomsae) Championship 2009 (1 emas)

Negeri:
1.     Penyertaan ke Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Sarawak, 2006
2.     State TaekwandonChampionship 2009 at UiTM Sarawak (1 emas)
3.     Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Sekolah-sekolah Rendah KRS/NGO Peringkat Negeri Sarawak 2010

Kebangsaan:
1.     Penyertaan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2, Kota Bharu

Antarabangsa:
1.     7th TTSC International Invitation Taekwando Championship Melaka, (2 emas, 1 perak)
2.        Borneo Cup Invitation Championship, Kuching, 2010 (1 emas, 1 perak)
Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan dilantik sebagai :
1.     Penolong Ketua Kelas (2005)
2.     Ketua Kelas (2006)
3.     Pengawas Sekolah (2008-2009)
4.     Penolong Ketua Pengawas Sekolah (2010)
5.     Pengerusi Kelab Permainan Dalaman (2010)
6.     Setiausaha Persatuan Pendidikan Islam (2010)

Atas kecemerlangan beliau,  pihak sekolah turut mengiktiraf pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan kepimpinan dengan menganugerahkan  :
1.     Anugerah Atlet Harapan SK Kidurong 2 2009
2.     Anugerah Murid Cemerlang Ko-kurikulum SK Kidurong 2 2010
3.     Anugerah Murid Contoh SK Kidurong 2 2010
4.     Anugerah Sijil Cemerlang Aktif dalam Penyertaan Program Rakan Muda Wajadiri Taekwando 2010

Kategori Lelaki Peringkat Sekolah Menengah : NUR HAZMI BIN ZADIE

Biodata:

Tarikh Lahir                :           27 Jan 1995    
Tempat Lahir              :           Bintulu
Adik beradik              :           3 Orang

Nama Ayah                 :           Zadie Bin Arbi
Pekerjaan                    :           Penyelia Keselamatan Petronas

Nama Ibu                    :           Nur Syamimi Teng Abdullah
Pekerjaan Ibu              :           Suri rumah

NUR HAZMI BIN ZADIE  yang bersekolah di SMK Bandar Bintulu ternyata seorang pelajar yang pintar, aktif dan berkepimpinan di sekolah. Dalam peperiksaan PMR 2010 beliau telah berjaya mendapat keputusan 9A  termasuk Bahasa Cina.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam ko- kurikulum. Antara kejayaan yang pernah diperolehi ialah :
1.   Atlet olahraga peringkat sekolah
2.   Atlet Terbaik 13 tahun ke bawah 2008
3.   Atlet Terbaik 14 tahun kebawah 2009

Bahagian:
1.      Naib johan pertandingan lalu lintas peringkat Bahagian Bintulu 2010
2.      Wakil Sekolah pertandingan badminton 2010
3.      Wakil seklah pertandingan kaligrafi bahasa Cina 2010

Negeri:
Pingat Emas, Lompat Jauh
Daripada aspek kepimpinan pula, beliau merupakan :
1.     Pengawas Sekolah 2009-2011
2.     AJK Tugas Khas Persatuan Pelajar Islam 2010
3.     Naib Setiausaha Persatuan Pelajar Islam 2011

Kecemerlangan beliau  ini  telah diiktiraf oleh pihak sekolah dengan penganugerahan :
1.      Pelajar Harapan Peringkat Sekolah 2010
2.      Pelajar Terbaik PMR 2010
3.      Peserta program RIBAT sekolah
4.      Olahragawan Sekolah
5.      Pelajar terbaik keseluruhan matapelajaran Pendidikan Islam 2009-2010
6.   Pelajar Terbaik Keseluruhan Matapelajaran Bahasa Cina 2009-2010

Kategori Perempuan Peringkat Sekolah Menengah : NURUL AKMAL BINTI SAFIAN
Biodata:
Tarikh Lahir                :           1 Ogos 1995
Tempat Lahir               :           Bintulu
Adik beradik               :           4 Orang

Nama Ayah                 :           Shafian Bin Shafie
Pekerjaan                     :           Pengurus Kanan Kejuruteraan Awam MLNG

Nama Ibu                    :           Mariam Binti Taha
Pekerjaan Ibu              :           Suri rumah

NURUL AKMAL BINTI SAFIAN  yang bersekolah di SMK Bintulu ternyata seorang pelajar yang pintar, aktif dan berkepimpinan di sekolah. Dalam peperiksaan PMR 2010 yang lalu beliau telah berjaya mendapat keputusan 8A.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum.  Antara kejayaan yang pernah dicapai dalam bidang ko-kurikulum ialah :
1.      Pingat perak dan gangsa, Jemputan Piala Borneo Taekwando, Kuching 2008

Antarabangsa:
1.      Pingat gangsa, Kejohanan Terbuka Poomsae Taekwando, Singapura (2010)
2.     Kejohanan Terbuka Kelab Taekwando Antarabangsa, Kuala  Lumpur 2009
Daripada aspek kepimpinan pula, beliau merupakan :
1.     Pengawas sekolah (2008-2010)
2.     Pengerusi Persatuan Taekwando (2010)
3.     AJK Kelab Bola Jaring (2010)
4.     AJK Kelab Bahasa Inggeris (2010)

Kecemerlangan beliau  ini  telah diiktiraf oleh pihak sekolah dengan penganugerahan :
1.     Pelajar Bestari Sekolah 2010
2.     Anugerah  Cemerlang daripada Persatuan Taekwando Gabungan Sarawak (PTGS) Bintulu

Semoga dengan pengiktirafan ini, ianya akan menjadi pemangkin dan perangsang kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berlumba-lumba dan bersaing di dalam akademik dan kemerlangan sahsiah.




Read More......

Berpisah jua akhirnya



2005 - 2010 merupakan tempoh yang kami sekeluarga sentiasa bersama dengan Ustaz Salehuddin. Mulai tahun 2011, Ustaz Salehuddin tidak lagi bersama-sama kami di Bintulu. Beliau telah memohon untuk ke Bangi. Semoga segala pengorbanan ustaz semasa di Bintulu akan akan diganjari oleh Allah dengan ganjaran yang besar. Pihak kami sekeluarga dan rakan2 lain sentiasa mendoakan Ustaz akan cemerlang di dalam pelajaran dan dipermudahkan segala urusan.

Sekiranya ada masa2 terluang nanti, sudi2kan lah bertandang lagi ke Bintulu. Ierfan sentiasa mengingati Ammar Nabhan dan Asma' Solehah.

Read More......

Ibadah Korban dan Perasmian Surau AMAL Al Azhar Ulu Kota



Pasukan sukarelawan BIC dan AMAL Sarawak telah berjaya melakukan ibadah korban dan sekaligus melakukan upacara perasmian Surau AMAL Al Azhar Ulu Kota, Pakan. Seramai 20 orang sukarelawan telah bersama-sama menjayakan misi kali ini dengan menaiki 4 buah pacuan 4 roda.

Semua peserta berkumpul di BIC bermula jam 11 malam ( 19 Nov 2010). Selepas taklimat dan doa, semua peserta bergerak menuju ke Sarikei. Tiba di Masjid Sarikei seawal jam 5.15 pagi dan terus menunaikan Solat Subuh. Selepas itu para peserta mengurus diri di Tadika ABIM.

Pukul 9 pagi, semua peserta bergerak menuju ke ladang skim B untuk memilih lembu untuk disembelih . Tepat jam 10.15 pagi, lembu telah berjaya disembelih oleh Ust Zainol Fakri. Selesai memproses lembu lebih kurang jam 11.30 pagi kami semua bergegas menuju ke Ulu Kota kerana dikhuatiri jika lambat bergerak, ditakuti hujan akan turun yang memungkinkan kami tidak dapat sampai ke puncak bukit dengan menaiki 4WD. Kalau berjalan kaki mengambil masa 2 jam pendakian.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Ulu Kota pada pukul 2.00 petang. Perjalanan sangat mencabar. Menaiki dan menuruni bukit di dalam keadaan jalan yang licin. Sangat mencemaskan bagi sukarelawan yang baru pertama kali sampai ke Ulu Kota.

Penduduk kampung Ulu Kota telah bersedia menunggu kedatangan kami. Petang itu, gotong royong melapah dan memasak makanan diketuai oleh Tuan Haji Kadir dan isteri dan dibantu oleh sukarelawan lain.

Sebahagian sukarelawan telah pergi ke rumah panjang untuk menjemput masyarakat rumah panjang untuk bersama-sama ke majlis perasmian pada sebelah malamnya. Alhamdulillah, kehadiran pada malam itu amat memberangsangkan, meskipun hujan lebat.

Majlis pada malam itu dimulai dengan Solat Maghrib dan seterusnya Tazkirah bersama Ustaz Akhwan Afandi seterusnya taaruf ahli dari peserta rombongan. Majlis perasmian dilakukan selepas solat Isyak dengan dipengerusikan oleh Ust Fadzli dari HIKMAH. Saudara Azhar memulakan ucapan, kemudian diikuti ucapan dari Wakil AMAL Pusat En Johari. Seterusnya majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Omar Bin Shuib, Penasihat BIC. Pihak BIC dan AMAL juga telah menyampaikan sumbangan beras, al-Quran, barang persekolahan dan pakaian. Majlis ini dimeriahkan oleh Ust Mawi@ Akhwan Afandi yang membuat persembahan dengan membawa lagu Jamal Abdillah. Telatah Ust Akhwan Afandi sangat menghiburkan masyarakat Ulu Kota.

Selepas solat subuh, para sukarelawan telah bergotong royong membersihkan surau dan mengurus diri sebagai persiapan untuk pulang ke tempat masing-masing. Nasib kami agak baik kerana 4WD kami telah diletakkan di atas bukit yang memudahkan untuk kami bergerak pulang. Sekiranya masih diletakkan di bawah, nampak gayanya tak dapat keluar kami pada pagi itu, kerana hujan lebat pada sebelah malamnya.

Pihak AMAL Sarawak dan BIC mengucapkan jazakumullahu khairan khathira kepada semua sukarelawan di dalam Program Ziarah Dakwah, Korban dan Aqiqah serta perasmian Surau AMAL Al Azhar Ulu Kota bermula 19-21 Nov 2010. Semoga segala sumbangan kita akan diterima oleh Allah sebagai amal kebaikan dengan syarat ikhlas kerana Allah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penasihat BIC Tuan Haji Omar Shuib di atas kesudian untuk bersama-sama sukarelawan kali ini. Tidak ketinggalan juga wakil AMAL Pusat iaitu En Johari, En Hanif dan Ustaz Akhwan Afandi. Insyallah ada kesempatan kita akan bersama lagi untuk membuat misi di tempat dan waktu yang akan ditetapkan oleh pihak AMAL Sarawak. Siiru ala barakatillah...

Read More......

Miliki kedai buku sendiri


Berminatkah anda untuk memiliki kedai sendiri ? Jika anda berminat boleh menghubungi saya. Anda hanya perlu mengiklankan kedai anda melalui internet. Kedai serba serbi lengkap. Jika anda tidak yakin atau belum tiba masanya lagi, anda boleh melayari kedai saya di sini : http://www.stormreaders.net/abuierfan

Anda juga boleh membeli di kedai saya secara online. Caranya mudah, ikut langkah berikut :
  1.  Klik pada url ini http://www.stormreaders.net/abuierfan
  2. Daftar nama anda sebagai pengguna
  3. Pilih buku yang dikehendaki
  4. Buat pembayaran setelah selesai pembelian
  5. Buku anda akan dihantar ke depan pintu rumah anda
Senangkan ?..Jika hendak seribu daya, kalau tak mau pelbagai alasan. Cepat ! mari kita menjadi HEBAT dengan orang yang rajin membaca buku.

Read More......

Ziarah Imam Muda Hizbur Rahman ke Bintulu


Menara LPB
Masjid Assyakirin
Ceramah di UPM
Santai petang
Photobucket
Photobucket


Sudah lama tak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Kesian blog ini, macam tak berpenghuni je. Pemiliknya mempunyai tugasan yang banyak. Insya Allah kali ini saya akan kemaskini berkenaan dengan ziarah Imam Muda Hizbur Rahman ke Bintulu. Alhamdulillah, saya sempat mengatur program bersama Imam Muda Hizbur Rahman sepanjang kunjungan beliau ke sini. Beliau telah berada di Bintulu pada 30 Okt - 2 Nov yang lepas. Sebenarnya beliau datang ke Bintulu atas urusan keluarga untuk menziarahi kakak beliau yang baru selamat melahirkan anak sulong.

Alhamdulillah, beliau telah sudi menerima pelawaan pihak kami untuk mengadakan beberapa program. Antara program yang sempat kami adakan ialah Kem Ibadah dan Sahsiah ( KIDS 2010), Kuliah Mahrib di Masjid UPM, Kuliah Subuh di Masjid Darul Hidayah dan Surau Attaqwa dan sempat juga melawat menara LPB di Kidurong. Meskipun ziarah beliau ke Bintulu singkat masanya, tetapi banyak program dapat di atur. Pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Hizbur Rahman dan keluarga di atas kesudiaan menerima jemputan dari pihak kami, meskipun tiada perancangan awal terlebih dahulu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik pihak Ustaz sekeluarga. Insya Allah, jika ada masa dan kelapangan, harap ustaz sudi lagi untuk menerima jemputan dari pihak kami.

Read More......

Majlis Mahabbah Aidilfitri BIC 2010

Rakan-rakan BIC dan YAM Bintulu


10 Okt 2010 - BIC, Yayasan AMAL Malaysia dan MACMA berjaya mengadakan Majlis Mahabbah Aidilfitri 1431H/2010 di rumah rehat Lembaga Pelabuhan Bintulu di Kidurong. Majlis bermula jam 10 pagi itu dengan dihadiri oleh rakan-rakan, NGO, pertubuhan , jabatan dan agensi kerajaan dan swasta.

Objektif majlis ini diadakan ialah untuk memperlihatkan kebersamaan dan kesatuan dengan agensi-agensi yang turut serta dan berminat di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Selain itu juga bagi pihak BIC dan YAM juga ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak - pihak yang memberi sokongan dan sumbangan kepada BIC dan YAM di dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.

Moga-moga dengan pengajuran program dan aktiviti ini, pihak BIC dan YAM akan mengandakan usaha untuk memberikan sumbangan dan bakti kepada masyarakat selaras dengan objektif penubuhan BIC. Kepada mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada pihak BIC dan YAM untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan amat-amat di alu-alukan.


Untuk lihat foto sila klik di sini : Klik !!

Read More......

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP