12 Rabiulawal...
Setiap tahun tarikh 12 Rabiul awal datang. Tarikh itu menjadi ingatan umat Islam di dalam melahirkan kecintaan kepada Junjungan besar Nabi Muhammad. Sebagai seorang guru, hari-hari sebelum kedatangan 12 Rabiulawal, saya akan mengambil kesempatan untuk menceritakan " Siapa Nabi Muhammad ". Ramai dikalangan murid-murid yang tidak tahu sejarah kelahiran Nabi Muhammad. Jesteru saya ingin berpesan kepada rakan-rakan guru agar menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan Islam, supaya generasi ummat Islam akan sedar sejarah kedatangan Islam yang perlu mereka pelihara dan perkuat dengan ilmu-ilmu Islam.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan " Selamat Menyambut Hari Maulidurasul 1431H - Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah " semoga kita tetap menjadi ummat Nabi Muhammat yang berkualiti.
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
BIODATA RASULULLAH SAW
* Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)
* Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
* Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf
* Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
* Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
* Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa
- Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.
- Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- ·Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam ‘ ah
- ‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya..
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas
SALASILAH RASULULLAH SAW
0 comments:
Post a Comment