Catatan Pengalaman " Ziarah Dakwah ke Ulu Kota "
Bergambar kenangan bersama masyarakat Islam Ulu Kota.
Semoga aqidah mereka tetap akan terpelihara
Siri catatan perjalanan Ziarah Dakwah ke Ulu Kota, Pakan ini diambil dari catatan dan pengalaman Akhi Muhtar Suhaili, pengerusi AMAL Sarawak. Sedikit edit bersesuaian dengan pengalaman penulis dengan izin penulis asal. Semoga para penziarah akan menginsafi segala perjalanan dan pengalaman yang kami tempuhi. Sesungguhnya bersyukur pada mereka yang diberikan kesempatan dan waktu untuk melihat sendiri akan kesusahan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam di Ulu Kota ini. Baca pengalaman berikut :
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Selamanya puji dan puja milik Allah SWT yang Memiliki Segalanya. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya dan mengharapkan perlindungan serta keampunan dariNya. Kita berlindung dengan Allah daripada keburukan amalan diri kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, maka tidak ada yang mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk maka tidak ada sesiapa yang mampu menunjukinya ke jalan kebenaran!
Ad-Da’wah Ila Allah Adalah Kewajipan Setiap Muslim
Sheikh Mustapha Masyhur di dalam membicarakan “Berdakwah Kepada Allah (Ad-Da’wah Ila Allah)” menyatakan dengan penuh motivasi tentang kepentingan menyeru manusia kepada Allah SWT. Beliau menyatakan:
Menyeru manusia kepada Allah SWT (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap Muslim dan Muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah SWT yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (yakni Islam).” (Surah Fushilat, ayat 33).
Menyeru manusia kepada Allah SWT menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau wanita) lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah SWT dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh!
Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan
Alhamdulillah, seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada anggota Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah memberi komitmen dengan penuh semangat volunteerism untuk menyertai Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei pada 12-16 Februari 2010 bersamaan 27 Safar - 02 Rabi’ul Awwal 1431H yang lalu.
Program ini merupakan Siri ke-4 Ziarah Dakwah Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dalam rangka menjalankan aktiviti kebajikan bersama Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Dalam masa yang sama, satu lagi tujuan utamanya ialah menjalankan upacara pecah tanah bagi Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di perkampungan tersebut.
Penglibatan dari peringkat akar umbi sehingga kepada pimpinan tertinggi Yayasan AMAL Malaysia dalam ziarah pada kali ini diharap memberi kesan yang positif bagi membentuk sensitiviti dan rasa tanggungjawab terhadap Saudara Baru di samping memberi pendedahan kepada para mad’u tentang betapa pentingnya menjalani kehidupan sebagai masyarakat Muslim sejati. Antara objektif program yang telah digariskan ialah :
- Menyempurnakan majlis pecah tanah untuk pembinaan Surau
- Menyediakan majlis ilmu kepada masyarakat Ulu Kota
- Mempertautkan ukhuwah yang sedia terjalin supaya bertambah erat
‘Ala kulli hal, hikmah utama dan ‘ibrah istimewa yang kami perolehi hasil daripada rehlah kali ini ialah betapa para dai’e mestilah sentiasa nasihat-menasihati sesama mereka, tolong-menolong dalam menghadapi halangan dan rintangan, serta berganding bahu dalam merancang dan memanfaatkan pengalaman yang dilalui bersama di medan ini. Paling penting bila kita nak masuk ke tempat mereka, budaya, adat dan percakapan mereka telah kita hadam, baru dakwah kita tampak lebih berkesan. Tapi saya ingat pesan Ustaz Fadli, tugas kita bukan untuk menyampaikan ISLAM, bukan mengberi HIDAYAH kepada mereka, kerana kerja itu adalah kerja ALLAH, kita hanya mampu berusaha sahaja. Semoga Allah memberkati usaha kami ini.
Sebagai perkongsian, berikut dipaparkan gambar-gambar kenangan program buat tatapan dan ‘ibrah tetamu ziarah yang budiman sekalian. Semoga ianya memberi motivasi, menimbul azam dan menambah tekad untuk bersama-sama dalam misi-misi akan datang, semata-mata liridhalLah. Semoga ada khair dan manfaatnya. Amiin Ya Rabb!
Berbincang bersama Pengarah Program, Saudara Zahari Deli
Taklimat akhir di BIC - Tambahan 9 sukarelawan Bintulu + 2 Malaya
Saudara Che Salmi (3 dari kiri), sukarelawan AMAL Terengganu turut serta
Ustaz Rosman turut memberi sokongan
Taklimat Perjalanan oleh Ustaz Ibrahim selaku Penasihat Program
Pak Dr. Daeng membacakan doa sebelum bertolak dari Bintulu 12.30pagi
Peserta paling berumur ( 74 tahun ). Semoga semangat beliau menjadi kekuatan kami
Alhamdulillah, sebanyak 5 buah kereta 4WD bertolak menuju Sarikei
Alhamdulillah, tiba di Sarikei 5.17pagi, disambut oleh Dr Awang Ismail (HIKMAH)
Tuan Imam Haji Yahya, YDP ABIM Sarikei mengalu2kan rombongan
Tazkirah Subuh oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah di Masjid Sarikei
Sarapan dan minum pagi di Nurseri/ TASKI ABIM Sarikei
Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN
Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN
Ustaz Zamri Rajab, Ketua Protem AMAL Sarawak Unit Sarikei yang baru dilantik
Persiapan akhir di Sarikei sebelum bertolak ke Ulu Kota, Pakan
Foto Kenangan Pelancaran Yayasan AMAL Malaysia Caw. Sarawak Unit Sarikei
Perjalanan menuju ke Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota bermula
Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 1 - Berturap
Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 2 - Berbatu-batu
Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 3 - Tanah Merah
Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan
Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan ( R&R )
Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory
Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux QMN9717 mendahului konvoi 6 4WD
Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Storm dipandu oleh Saudara Mohd Ali
Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux dipandu oleh Ustaz Ibrahim
Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Triton dipandu oleh Saudara Azlan
Perjalanan Rally - Kereta Mazda BT-50 (back) dipandu oleh Saudara Wan Kamarul
Perjalanan Rally - Kereta Pajero JAIS dipandu oleh Saudara Luizman
Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory
Perjalanan Rally menuju ke Rumah Panjang TR Bandok in memory
Perjalanan Rally - Sahabat-sahabat IKBN terus bersemangat
Perjalanan Rally - Saudara Asrin, Zahari dan lain-lain masih bertenaga
Ustaz Saiful Zafri dan Ustaz Zulfadli seronok selamat tiba di Ulu Kota
Alhamdulillah, selamat tiba dan disambut oleh Ketua Kaum Saudara Azhar
Ahli rombongan, sukarelawan dan penduduk kampung beramah mesra
Kaum Ibu dan Anak-anak Saudara Kita turut menyambut sama
Seorang makcik yang turut menyambut kami bersama anjing peliharaannya
Ustzh Nurazian, Ustzh Rohanawati & Ustzh Zubaidah dari JAIS bersama Kaum Ibu
Para sukarelawan bergotong-royong menurunkan barang2 yang dibawa
Sukarelawan dan penduduk kampung bergotong-royong memunggah barang2
Penerangan dan Kata-kata Aluan dari Pengerusi Yayasan AMAL Sarawak
Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan
Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan
Ziarah Kasih Sayang ke Rumah Panjang TR Bandok Ulu Kota
Saudara Che Salmi dan Mohd Ali di hadapan tengkorak bersama penjaganya
Foto bersama Tuai Rumah Encik Bandok. Di kiri sekali Ustaz Fadzli (HIKMAH)
Bersama Ustaz Amir Ridhwan (HIKMAH) dan penduduk rumah panjang
Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang
Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang
Semua ahli rombongan Mandi Sungai sepanjang berada di Ulu Kota
Solat Jama' Zohor dan Asar di dalam Rumah Panjang TR Bandok
Encik Ukan yang suka memakai kopiah. Semoga Allah memberi hidayah iman
Bermesra dan bertukar-tukar fikiran dengan penduduk rumah panjang
Klinik bergerak - Rawatan Kesihatan percuma oleh Dr. Awang Ismail
Ustaz Amir Ridhwan sedang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah
Pengerusi AMAL Sarawak sedang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah
Semoga program yang telah dianjurkan memberi manfaat kepada semua yang turut serta, mengeratkan tali silaturrahim antara sukarelawan, memberi impak positif kepada penduduk Saudara Baru dan penduduk rumah-rumah panjang serta memperkukuhkan lagi Teras Budaya AMAL dalam diri kita semua. Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:
“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.
Sumber : Muhtar Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak
0 comments:
Post a Comment