Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Bantu kami untuk membantu Masyarakat Muslim Ulu Kota, Pakan

 
Kita tidak pernah terfikir, di dalam hutan belantara ada perkampungan
perkampungan inilah yang kita kena tarbiyyah untuk mengenali Islam
Bantulah kami untuk membantu mereka

  
Untuk sampai ke perkampungan ini perlu ada kesediaan untuk berkorban
semoga hati ku tetap istiqamah 
 
Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita anjuran AMAL Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra' Center akan menganjurkan ziarah dakwah ke Ulu Kota pada 12 - 16 Februari 2010 bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa amat mengalu-alukan sebarang bantuan, samada wang ringgit, makanan, peralatan pertukangan dan apa jua yang boleh membantu kami untuk membina surau semasa kami berada di sana.

Kami juga amat berharap ada insan-insan yang sudi memberi guna kepada kami kenderaan 4WD ( Toyota Hilux atau yang seumpamanya) yang boleh membawa kami masuk ke perkampungan tersebut. Untuk makluman, untuk sampai ke perkampungan tersebut, tidak dapat menggunakan kenderaan biasa. Oleh yang demikian itu, harapan kami, ada insan-insan yang sudi untuk memberi sewa dengan kadar yang berpatutan atau memberi pinjam atau bersama-sama kami bagi menjayakan misi ini.

Semoga apa jua sumbangan tuan / puan samada sikit atau banyak akan mendapat pahala dari Allah disebabkan kerja kita ini untuk membantu menegakkan agama Allah.

Sebagaimana yang telah diceritakan, kesemua penduduk di sini baru memeluk Islam dan perlukan surau untuk mereka belajar agama dan solat berjemaah. Maklumat lain mengenai kampung ini telah kami paparkan di dalam posting sebelum ini. Mudah-mudahan segala kerja kebajikan ini akan mendapat ganjaran dari Allah dengan syarat kita ikhlas berjuang untuk membantu agama Allah. Insyallah.

Sekiranya tuan /puan berminat untuk menyumbang atau memberi sewa / pinjam kenderaan 4WD boleh berhubung dengan saya. (  Ustaz Ibrahim : 019 4535 119 ) Saya tengah kumpul duit juga untuk membeli Toyota Hilux untuk membantu insan-insan yang memerlukan.

 
sedikit sahaja kesusahan untuk kita menyampaikan Islam
jika dibandingkan dengan zaman awal Islam sewaktu Nabi Muhammad
mempertahankan Islam di Bumi Makkah

 
  mujur ada insan yang bermurah hati untuk menghulur bantuan
bersedia memberi pinjam Toyota Hilux miliknya. 
Semoga Allah menganjari setiap putaran tayar yang kami gunakan untuk menegakkan agama Allah.

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP