Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Abu Ierfan kini menambah usia setahun lagi



Tanggal 09 November 33 tahun yang lalu, Abu Ierfan telah dilahirkan ke dunia yang fana ini. Alhamdulillah sehingga ke saat ini, Allah kurniakan kesihatan dan ketenangan yang sedang melalui liku-liku kehidupan. Sehingga ke usia ini, pelbagai pengalaman telah dilalui. Hari ini Abu Ierfan membaca buku memperingati 100 tahun Imam Hassan Al Banna, karangan Ustaz Ridzuan Mohd Noor. Dalam banyak-banyak muka surat, Abu Ierfan terhenti dibarisan ayat yang mana antara maksudnya walaupun usia Assyahid tidak panjang tetapi sumbangan Assyahid amat besar kepada dunia Islam. Usia Assyahid hanya 43 tahun sahaja. ( 1906 - 1949 ). سبحان الله !, Mampukah aku seperti Assyahid . Apa sumbangan aku untuk ISLAM. Abu Ierfan mohon kepada penziarah agar mendoakan Abu Ierfan agar tetap ISTIQAMAH mendokong perjuangan ISLAM sebagai jalan kami.

Hari ini Ummu Ierfan bersusah payah memasakkan pulut kuning dan kari kegemaran Abu Ierfan. Terima kasih Ummu Ierfan. Jadi adalah majlis kesyukuran sikit, Ustaz Mohd Sardi membacakan doa untuk kesejahteraan , kebahagian, dimatikan di dalam perjuangan ISLAM. Abu Ierfan mengucapkan jazakumullahhu khairan khathira di atas ingat kalian melalui sms dan ucapan. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan inayah dari Allah.

Antara ucapan sahabat ;

 " Selamat hari lahir, semoga panjang umur untuk tambah pahala, dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati & bahagia selalu, amin.. " - Cikgu Rodhiahwati

"hepi birthday..smoga panjang umur & dimurahkn rajaki .. (tuhak dah ikam angahnya aii)" - Azlina Bakhtiar

"salam,semoga anjang umur dan dimurahkan rezeki...dan kta sama2 pegi mengerjakan haji...amin." - Nirhardzah

"Salam hari lahir, moga terus sukses dgn apa yang dikerjakan :-)"-Khaidir Abd Karim

"Salam... selamat hari lahir yang ke 33.... semoga sentiada dimurahkan rezeki dan dipanjang usia dalam mencari keredhaan dan keberkatan dari ALLAH SWT... Semoga ALlah sentiasa melindungi dan merahmati saudara sekeluarga..." - Rubiah Amat



Terima kasih semua atas ingatan kalian....

 
Pulut kuning + kari = Syukran Ummu Ierfan


Doa sedang dibaca oleh Ustaz Mohd Sardi Attantawi




Ierfan tolong Ammu Sardi ni ...

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP