Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Ustaz Lofti ditimpa kemalangan petang tadi.

Bintulu, 10 Nov -  Ustaz Ahmad Lotfi ditimpa kemalangan pada jam 4 petang tadi. Kemalangan dilaporkan melibatkan Perodua Kenari ( kepunyaan beliau ) dan Viva yang berlaku di jalan utama Bintulu - Miri, berhadapan dengan simpang ke Taman Putrajaya. Difahamkan ketika kejadian, Ustaz Ahmad Lofti ingin pulang dari sekolah ke rumah beliau. Kereta kenari beliau dilanggar dari belakang oleh perodua Viva yang menyebabkan kereta beliau terbalik sebanyak 2 kali.

Namun demikian, Allah telah menyelamatkan dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika  saya bertemu dengan beliau petang tadi di hospital, beliau sedang membuat x-ray. Alhamdulillah, laporan doktor mengatakan bahawa beliau berada di dalam keadaan sihat walafiat. Cuma ketika ini beliau perlu banyak berehat dan perlu menenangkan fikiran, barangkali trauma ketika dilanggar petang tadi.

Pihak kami dan rakan-rakan sentiasa berdoa agar Ustaz sekeluarga sentiasa dibawah lindungan dan rahmat ilahi.


Ustaz Ahmad Lofti menunggu laporan x-ray Hospital Bintulu


Alhamdulillah, beliau disahkan sihat walafiat


Beliau ditemani isterinya dan beberapa rakan yang lain

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP