Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Takziah kepada sahabat yang ditimba musibah

Abu Ierfan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat di dalam kemalangan tempohari. Kejadian tersebut berlaku pada 14 Nov 2009 pada jam 9.45 malam di Taman Angsana. Sewaktu kejadian, 3 buah kereta sahabat kita ini, di parking di bahu jalan. Seorang pemandu di dalam umur awal 20-an telah memandu di dalam keadaan mabuk telah merempuh kereta sahabat yang diletakkan di bahu jalan. Kereta pemuda tadi terbalik dengan tayar ke atas akibat perlanggaran tersebut.

Akibat perlanggaran tersebut, kereta sahabat tadi telah merempuh antara satu kereta dengan kereta yang lain yang menyebabkan kerosakan yang amat teruk. Kereta tersebut dibawa ke bengkel yang berhampiran dengan menggunakan lori penunda. Yang lebih menyakitkan hati lagi, pemuda tadi melarikan diri setelah kami menolong mengembalikan keretanya di dalam keadaan asal.

Namun demikian, pada keesokan harinya setelah laporan polis dibuat, pemuda tadi ditemui sedang tidur di dalam kereta. Bila ditanya sebab apa dia melarikan diri pada malam kemarin, maka dijawabnya dia dalam ketakutan disebabkan memandu tanpa lesen. Mujur tidak ada kejadian yang tidak diingini kerana difahamkan pemuda tersebut membawa sepilah barang panjang. Setelah rundingan dibuat, beberapa sahabat tadi menemui ahli keluarga pemuda tersebut berbincang tentang perkara tersebut dan pihak keluarga sedia bertanggungjawab atas kejadian tersebut.


Kancil yang merempuh kereta



Perlanggaran menyebabkan kerosakan tiga buah kereta



Terpaksa dibawa ke bengkel menggunakan lori penunda 



Malang tidak berbau




0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP