Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

PIBG sampai anugerah kepada murid cemerlang

20 Nov, Bintulu - PIBG SK Orang Kaya Mohammad telah mengadakan acara tahunannya iaitu majlis penghargaan kepada murid - murid yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam keputusan UPSR yang telah dikeluarkan semalam.
 

Majlis yang diadakan pada pagi tadi juga mengambil kesempatan perhimpunan akhir tahun kepada murid - murid kerana sesi persekolahan 2009 akan berakhir dan bermula 21 November 2009 akan bemula cuti panjang selama satu bulan setengah. Untuk murid tahun 6 hari ini merupakan sejarah kepada mereka yang perlu mereka jadikan kenangan. Ini adalah kerana tahun 6 tidak akan berulang kepada mereka lagi kerana selepas ini mereka akan melangkah ke sekolah menengah. Apa pun kami sebagai guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan di dalam hidup kalian dan sentiasa menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 


Pihak PIBG melalui NYDP PIBG telah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang cemerlang yang telah mendapat 5A dan 4A  1B. Selain itu YDP PIBG juga bermurah hati untuk menyumbang sebanyak RM 100 untuk adik Ayyub Abd Rahim yang telah mendapat keputusan 5A di dalam UPSR yang lalu.


Kami berharap kejayaan ini akan berterusan bukan sahaja kejayaan di dunia yang kita cita-citakan tetapi yang paling penting kejayaan di akhirat nanti. Semoga kita istiqamah dengan kejayaan yang kita cipta. Insya Allah.



perhimpunan akhir, sambil penyampaian sumbangan 
kepada murid cemerlang


guru dan ibubapa terlibat di dalam memeriahkan majlis
pada pg tadi


murid cemerlang 5A, Ayyub Abd Rahim menerima 
penghargaan dari PIBG SK OKM


semoga murid yang cemerlang ini akan menjadi penyuntik 
semangat kepada murid-murid lain



Tahniah kepada mereka yang telah menerima penghargaan dari pihak PIBG dan sekolah. Moga-moga majlis pagi tadi menjadi pembakar semangat kepada calon-calon UPSR 2010 nanti.

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP