Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Kem Literasi Al- Quran 2009


KLAQ 2008 yang menjadi pemangkin untuk 
melaksanakan KLAQ 2009

Hujung minggu ini akan diadakan Kem Literasi Al-Quran peringkat Bahagian Bintulu. Seramai 120 peserta telah terpilih yang mewakili 15 buah sekolah di Bintulu. Program kali ini akan diadakan di Villa Mardhiah Resort. Ramai murid-murid saya teruja untuk disenaraikan nama, supaya mereka terpilih. Tapi walau bagaimana pun saya menghadkan hanya seramai 10 orang sahaja paling maksimum bagi setiap sekolah untuk menghantar peserta.

KLAQ ialah satu aktiviti untuk memulihkan bacaan asas al-Quran yang menggunakan kaedah Iqra' untuk murid-murid yang masih membaca buku iqra 3. Sepatutnya sekolah yang paling sedikit menghantar peserta, sepatutnya sekolah itu tidak ada masalah keciciran di dalam membaca al-quran.

Seramai 35 fasilitator yang akan terlibat untuk membimbing para peserta bagi melancarkan bacaan iqra atau pun akan khatam iqra 6 apabila selesai program ini nanti. Tahun ini merupakan tahun yang kedua, program seumpama ini dijalankan di peringkat bahagian. Walaupun program ini akan tetap dijalankan, namun sedikit kekesalan kerana program ini berlangsung di penghujung persekolahan. Kita risau mood murid untuk bercuti dan kebiasaannya bila bercuti panjang, murid-murid seakan-akan lupa apa yang telah dipelajari sebelum cuti.
Apapun sebagai guru, ini merupakan suatu cabaran di dalam dunia pendidikan.

Teringat pesan guru saya, kita mengajar murid seakan-akan kita menolak ombak di pantai dan apabila kita tolak ombak, akan datang pula ombak yang baru. Bersabar dan terus istiqamah untuk mendidik generasi al-Quran.

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP