Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Rosli Dhoby ( 1932 - 1950 ) : Pahlawan Sarawak



Rosli Dhoby berketurunan Melanau, lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.

Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.



Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lain: Wikipedia.

Makam Pahlawan Sarawak

0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP