Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

http://www.stormreaders.net/abuierfan

Ustaz Nor Amin

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak ke Kg Kuala Segan, Bintulu


AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center telah berjaya mengadakan Ziarah Dakwah siri 1 ke Kg Kuala Segan pada 20 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu yang lepas. Program ini turut disertai juga dengan  Jawatankuasa Kakitangan Islam ABF ( JASA ABF ) dan L-Tune Motor Club.
Program bermula pada pukul 4 petang dengan dimulakan dengan solat Asar berjamaah bersama dengan penduduk kampung di Surau Darul Yakin. Selepas solat Asar, taklimat perjalanan program telah diberikan kepada semua sukarelawan ziarah oleh pengerusi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak, Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa.
Aktiviti ziarah ke rumah telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan menziarahi 10 buah rumah dengan diketuai oleh ketua masing-masing. Ketua kumpulan 1 diketuai oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa, manakala ketua kumpulan 2 diketuai oleh Ustaz Mohd Sardi Ismail. 
Pihak kami telah menyediakan sumbangan berbentuk barang-barang asasi yang terdiri daripada beras, gula, tepung, bawang, minyak, garam dan bihun. Walaupun barang-barang ini kecil nilainya tetapi penerima mengucapkan syukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih di atas kunjungan dan ziarah kami.
 Aktiviti ziarah selesai lebih kurang pada pukul 6.30 petang. Seterusnya para sukarelawan AMAL Sarawak bersama-sama masyarakat Islam Kg Kuala Segan telah bersama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib berjamaah dan seterusnya ucapan terima kasih daripada pihak AMAL Sarawak yang telah diwakili Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail selaku ketua unit AMAL Sarawak Bintulu. Seterusnya program diisi dengan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Halim Bin Abd Kadir, Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak.
Selesai kuliah maghrib, semua jamaah mendirikan Solat Isyak dan selepas itu, semua jamaah dijamu dengan laksa Sarawak yang telah ditaja oleh AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, semua jamaah dan sukarelawan AMAL Sarawak telah bergotong royong membersihkan surau dan mencuci pinggan mangkuk.
Sebelum pulang, ketua kampung dan imam Surau Darul Yakin yang mewakili semua penduduk kampung Kuala Segan  mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center ke kampung mereka. Mereka mengharapkan akan ada lagi ziarah seperti ini dilakukan oleh AMAL Sarawak ke kampong mereka. Pihak kami juga, mengucapkan terima kasih di atas kesudian menerima rombongan kami. Segala salah silap, pihak kami memohon kemaafan. Insya llah jika ada kelapangan suatu hari nanti akan kami kunjungi lagi, Kampung Kuala Segan.
“ BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH “
Gambar -gambar sepanjang program :
bersama penduduk Kamgpung Kuala Segan
 bungkusan barang yang disumbangkan
ucapan alu-aluan dari pengerusi AMAL Sarawak Bintulu
Kuliah Maghrib disamapikan oleh Ustaz Abd Halim
 sebahagian jamaah Surau Darul Yakin



0 comments:

Post a Comment

Pelayaran Kehidupan

© 2009 Pelayaran Kehidupan. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan Pelayaran Kehidupan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelayaran Kehidupan adalah hak milik mutlak empunya. Salinan dari artikel yang dikeluarkan perlu mendapat kebenaran dari admin Pelayaran Kehidupan.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP